Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

leon.viciousAvatar border
TS
leon.vicious
[Official Thread] KL Gangster 2 (2013)
kl gangster 2 official poster


[Official Thread] KL Gangster 2 (2013)


KL Gangster 2 (2013) Official Trailler




KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013.KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu,sebaliknya ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).Di fahamkan,filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta ini.

Filem KL Gangster 2 menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi. Source

Plot

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan dia dan Jai dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Dia merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara dua kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.

Apabila Tailong mendapat tahu Jai ialah adik Malek, dia menculik Zeti dan merudapaksanya di hadapan Jai. Jai tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang-orang Tailong terlalu ramai. Malek pula mendapati ibunya cedera parah akibat dipukul orang Tailong. Dia tidak sempat ke sarang Tailong untuk menyelamatkan adik-adiknya kerana terpaksa bergegas ke hospital dengan ibunya. Tailong akhirnya memanggil Malek ke kawasan pelabuhan sekiranya dia ingin selamatkan adik-adiknya dalam pertembungan terakhir.

Dengan bantuan Shark, Ajib dan orang-orang mereka, Malek berjaya melenyapkan seluruh geng Tailong. Dia dan Jai akhirnya bersama-sama berjaya menumpaskan Tailong lalu menyerahkannya kepada Shark untuk ditembak mati. Mereka kemudian bergegas ke hospital untuk membayar bil hospital supaya ibu mereka boleh dibedah. Zeti dan ibu mereka enggan memaafkan Malek dan Jai kerana memusnahkan kebahagiaan keluarga mereka. Jai pula berdegil untuk terus kekal dalam dunia jenayah demi mencari wang. Malek pula diberkas polis setelah dianiaya oleh gengnya sendiri. Ketika dibawa ke balai, Malek berdoa pada Tuhan supaya keluarganya dijaya sementara dia dipenjarakan.

Pada masa yang sama, King telah mati. Dengan pemergian King dan Tailong, Shark kini menjadi ketua bagi satu-satunya geng terkuat di KL. Source

Foto


[Official Thread] KL Gangster 2 (2013)


Genres:Crime

Rating

IMDb Ratings: 7.2/10 from 66 users | 4 critic

Details

Official Sites: Official Facebook
Country: Malaysia
Language: Malay
Release Date: 3 October 2013 (Malaysia)

Cast


Aaron Aziz sebagai Malek
Ady Putra sebagai Jai
Rosyam Nor sebagai Tailong
Syamsul Yusof sebagai Shark
Soffi Jikan sebagai Ajib
Zizan Razak sebagai Fadil
Ridzuan Hashim sebagai King
Adam Corrie sebagai Dragon
Ku Faridah sebagai Mak
Sheera Iskandar sebagai Zati
Angeline Tan sebagai Suzanne


Note: ane udah cape bikin trit malah gak bisa posting di SF Movie terpaksa deh ane posting aja dimari emoticon-Big Grin
Diubah oleh leon.vicious 14-01-2014 14:01
0
16.8K
18
GuestAvatar border
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
The Lounge
The LoungeKASKUS Official
923.3KThread84.3KAnggota
Urutkan
Terlama
GuestAvatar border
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.