Areej El Madhoun Pelajar Palestina Juara 1 Olimpiade Matematika
TS
naomi_quin
Areej El Madhoun Pelajar Palestina Juara 1 Olimpiade Matematika
Assalamualaikum Buat agan-agan semua
Info ini ane dapat dari Fan Page nya Maher Zein yang ngucapin selamat sama si Areej El Madhoun yang udah dapat juara 1. ini print screennya gan
Spoiler for Maher Zein:
Ini sumbernya dari bahasa melayu gan, pasti agan-agan ngerti deh,
Spoiler for Berita:
Areej El-Madhoun, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dari kem pelarian Palestin di Jabalia telah mendapat tempat pertama dalam Intelligent Mental-Arithmetic Competition yang berlangsung di Malaysia.
Pertandingan yang diadakan 2 kali setahun itu disertai oleh 2500 orang daripada 10 negara. Setiap peserta dikehendaki menyelesaikan 182 soalan matematik yang rumit dalam masa 8 minit. Mereka juga dikehendaki mengadaptasi teknik ”Both-Hand Abacus Mental-Arithmetic” yang menggunakan teknik pengiraan kedua-dua tangan kanan dan kiri. Teknik ini menjadikan peserta berfikir menggunakan otak kanan dan kiri dalam jangka masa yang singkat. Ia seterusnya dapat meningkatkan daya fikir peserta.
Spoiler for Hadiah Buat Palestina:
Hadiah Buat Palestin
Areej El-Madhoun berbangga mewakili Palestin dalam pertandingan tersebut dan menghadiahkan kemenangan tersebut kepada rakyat Palestin selepas diserang selama 8 hari oleh rejim Zionist.
“Kemenangan ini adalah kemenangan untuk Palestin. Saya sangat berbangga mengibarkan bendera tanah air saya,” kata Areej El-Madhoun.
Areej menghadapi kesukaran dalam membuat persediaan sebelum pertandingan ini kerana serangan rejim Zionist hanya berhenti 2 minggu sebelum pertandingan berlangsung. Namun ketakutan dan kesukaran yang dialami terubat setelah memenangi pertandingan ini.
Selain Areej, 4 lagi peserta dari Palestin berjaya mendapat antara tempat teratas dalam pertandingan tersebut.
Spoiler for Tanah Palestina yang Diberkati Oleh Allah:
Kemenangan ini membuktikan betapa besarnya keberkatan tanah Baitulmaqdis dan sekitarnya. Begitulah firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat pertama.
Artinya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Tanah Palestin telah menyaksikan betapa perjuangan mereka diberkati oleh Allah s.w.t. Disebalik kesyahidan pemuda-pemuda mereka dalam peperangan menentang kezaliman, lahir anak-anak baru yang sangat ramai meneruskan perjuangan mereka.
Di saat kadar kelahiran seluruh dunia berkurangan, kadar kelahiran di Palestin meningkat saban tahun sehingga 4.4. Di Gaza sahaja, secara purata, 150 orang bayi lahir setiap hari.
Perkembangan ini menggusarkan rejim Zionist Israel yang menyaksikan penurunan dalam kadar kelahiran mereka. Para pengkaji sosiologi menjangkakan Israel akan tewas disebabkan kekurangan populasi mereka pada tahun 2020. Ini merupakan bom jangka yang tidak dapat dibendung. Begitulah bantuan Allah datang dalam pelbagai cara yang tidak disangka-sangka.
Spoiler for Hebatnya Mereka:
Kehebatan Anak-anak Palestin
Selain kehebatan Areej dalam bidang matematik, ramai lagi anak-anak Palestin yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Di Eropah dan Amerika, beribu-ribu mahasiswa Palestin diberikan biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang utama.
Di tanah air, ramai dikalangan mereka yang berjuang mengangkat senjata di medan. Di luar negara, ramai juga dikalangan mereka yang berjuang dengan ilmu dan kepakaran bagi membina masa depan negara.
Spoiler for Bagaimana dengan kita?:
Bagaimana Dengan Kita?
Walau ditimpa kesulitan dan kemelaratan, anak-anak di Palestin masih mampu berjaya dalam pendidikan mereka. Di saat tanah air mereka diserang, rumah mereka dimusnahkan, sanak-saudara dibunuh, kampung halaman mereka ditawan, melarat di kem-kem pelarian, mereka masih mampu bertahan dan berjaya.
Sedang kita yang dicukupkan dengan segala keperluan dan kemewahan, masih tidak mahu bersyukur dan selalu merungut.
Muhasabahlah.
Dalam pada itu, teruskanlah membantu anak-anak Palestin. Kegemilangan mereka akan datang. Jadilah kita sebahagian daripada kegemilangan itu.