TS
shamfar
**Segala sesuatu tentang Sholawat Nabi masuk sini >>
A'udzu billahis sami'il 'aliim minasy syaithoonir rajiim
Bismillahir rahmaanirrahiim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin
Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad
Bismillahir rahmaanirrahiim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin
Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad
Berhubungan thread sholawat sudah tidak ada TS-nya lagi, maka saya mengajukan kepada moderatur forspri untuk membuat ulang thread sholawat..(Approval Momod)
untuk thread sholawat sebelumnya dapat dilihat disini.
mohon maaf tidak bisa di merge, karena apabila di merge maka thread lama akan muncul di halaman depan

Thread ini di buat dengan tujuan mengingatkan sesama umat nabi muhammad untuk bersholawat, meneladani akhlaqnya sehingga timbul cinta kepada sayyidina Muhammad, berbagi rasa, kisah dan cinta dalam dzauq mahabbah rasulillah shallallahu alaihi wasallam
Dalam thread ini saya akan sedikit mencuplik beberapa sholawat yang ada dalam kitab Afdhalush Sholawat ‘Ala Saidis Sadaat oleh disusun oleh al-’Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma’il An-Nabhani, dan juga beberapa sholawat masyhur yg di amalkan oleh para habaib dan masyayikh yang lainnya.
Semoga bermanfaat, dapat memotivasi kita untuk memperbanyak sholawat kepadan nabi dan semakin cinta dengan beliau shollallahu alaihi wasallam..Aamiin.
--------------------------------------------MENU:--------------------------------------------
1. Hukum Membaca Sholawat
2. Berapa jumlah bacaan sholawat kepada nabi?
3. Hukum sholawat bukan dari nabi (ghoiru ma'tsur)
4. Fadhilah Sholawat kepada Nabi
5. Macam-macam shighot sholawat nabi:
Spoiler for Macam-macam sholawat:
3. Kisah-kisah yang mengamalkan sholawat
4. Baca Rule Posting disini
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allohumma shalli ala sayyidina Muhammad
wa 'ala aali sayyidina Muhammad
Diubah oleh shamfar 21-02-2019 11:29
aiman12 dan 16 lainnya memberi reputasi
17
818.9K
2.9K
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Spiritual
6.4KThread•2.7KAnggota
Tampilkan semua post
TS
shamfar
#392
Sholawat syeikh abdul qodir jaelani

“Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, yang cahayanya telah mendahului segala makhluk, dan penzahirannya merupakan satu rahmat bagi sekalian alam.
Dengan bilangan sebanyak makhlukMu yang telah lalu dan yang akan datang, dan yang berbahagia daripada mereka serta juga yang celaka. Solawat yang merangkumi setiap bilangan dan meliputi setiap kiraan. Solawat yang tiada penghabisan untuknya, dan tiada juga penamat
serta tiada juga penghujung. Solawat yang berkekalan bersama kekekalanMu. Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya, dan kesejahteraan yang seumpama itu.”
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :
Telah disebutkan oleh para pemberi komentar Ad-Dalail bahawa penghulu kita ‘Abdul Qadir AlJilani telah menamatkan hizibnya dengan solawat ini. Dan telah dikutip daripada As-Sakhawi bahawa beliau telah berkata, "Sesetengah daripada guru-guru kami telah menambahkan penjelasan
bahawa baginya (solawat di atas) ada satu kisah yang menarik, dan adalah satu kali (membaca) darinya menyamai sepuluh ribu (bacaan) solawat (yang lain)."
Dan telah berkata Asy-Syaikh di dalam komentarnya bahawa telah berkata Al-Imam Muhyiddin yang dikenali sebagai Junaid Al-Yaman , bahawa sesiapa yang bersolawat dengan solawat ini sepuluh kali pada waktu pagi dan (sepuluk kali) pada waktu petang, wajiblah baginya menerima keredhaan Allah yang terbesar dan keamanan daripada kemurkaanNya, dan akan diturunkan ke atasnya rahmat serta pemeliharan ketuhanan daripada segala kejahatan, dan akan dimudahkan baginya segala urusan.
0