TS
shamfar
**Segala sesuatu tentang Sholawat Nabi masuk sini >>
A'udzu billahis sami'il 'aliim minasy syaithoonir rajiim
Bismillahir rahmaanirrahiim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin
Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad
Bismillahir rahmaanirrahiim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin
Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad
Berhubungan thread sholawat sudah tidak ada TS-nya lagi, maka saya mengajukan kepada moderatur forspri untuk membuat ulang thread sholawat..(Approval Momod)
untuk thread sholawat sebelumnya dapat dilihat disini.
mohon maaf tidak bisa di merge, karena apabila di merge maka thread lama akan muncul di halaman depan

Thread ini di buat dengan tujuan mengingatkan sesama umat nabi muhammad untuk bersholawat, meneladani akhlaqnya sehingga timbul cinta kepada sayyidina Muhammad, berbagi rasa, kisah dan cinta dalam dzauq mahabbah rasulillah shallallahu alaihi wasallam
Dalam thread ini saya akan sedikit mencuplik beberapa sholawat yang ada dalam kitab Afdhalush Sholawat ‘Ala Saidis Sadaat oleh disusun oleh al-’Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma’il An-Nabhani, dan juga beberapa sholawat masyhur yg di amalkan oleh para habaib dan masyayikh yang lainnya.
Semoga bermanfaat, dapat memotivasi kita untuk memperbanyak sholawat kepadan nabi dan semakin cinta dengan beliau shollallahu alaihi wasallam..Aamiin.
--------------------------------------------MENU:--------------------------------------------
1. Hukum Membaca Sholawat
2. Berapa jumlah bacaan sholawat kepada nabi?
3. Hukum sholawat bukan dari nabi (ghoiru ma'tsur)
4. Fadhilah Sholawat kepada Nabi
5. Macam-macam shighot sholawat nabi:
Spoiler for Macam-macam sholawat:
3. Kisah-kisah yang mengamalkan sholawat
4. Baca Rule Posting disini
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allohumma shalli ala sayyidina Muhammad
wa 'ala aali sayyidina Muhammad
Diubah oleh shamfar 21-02-2019 11:29
aiman12 dan 16 lainnya memberi reputasi
17
819.2K
2.9K
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Spiritual
6.4KThread•2.8KAnggota
Tampilkan semua post
TS
shamfar
#385
Solawat Munjiyyah (Penyelamat)

“Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, solawat
yang dengannya kami diselamatkan daripada segala ketakutan dan bencana. Dan dengannya tertunailah bagi kami segala hajat. Dan dengannya dibersihkan kami daripada segala keburukan. Dan dengannya ditinggikan kami setinggi-tinggi darjat di sisiMu. Dan dengannya disampaikan kami kepada sejauh-jauh tujuan (cita-cita yang paling tinggi dan yang paling luhur) daripada segala kebaikan di dunia dan juga setelah [kami] mati.”
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:
Telah dikutip daripada Al-Hasan bin ‘Ali Al-Aswani di dalam komentar
Ad-Dalail (penjelasan atau komentar di atas kandungan kitab himpunan solawat yang berjudul Dalailul Khairat), bahawa beliau telah berkata, "Sesiapa yang membaca solawat ini sebanyak seribu kali pada mana-mana kesulitan dan musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] daripadanya dan akan menyampaikan hasratnya."
[Dan telah diriwayatkan] daripada Ibn Al-Fakihani , daripada Asy-Syaikh AsSolih Musa Ad-Darir , [dan] beliau telah berkata: Aku pernah belayar di sebuah laut. Tiba-tiba angin (angin taufan) telah melanda ke atas kami. Sedikit sahaja manusia yang akan dapat selamat daripada tenggelam dan orang ramai telah menjerit-jerit [di dalam ketakutan]. Tiba-tiba aku telah merasa mengantuk dan aku telah tertidur. Aku telah melihat An-Nabi [di dalam mimpi] dan Baginda j telah berkata, "Katakanlah kepada para penumpang [kapal ini] agar mereka mengucapkan sebanyak seribu kali,
"Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad, dan juga ke atas keluarga penghulu kami Muhammad, solawat yang dengannya kami diselamatkan . . . sehingga . . . setelah [kami] mati. " Aku telah terjaga [dari tidur] dan aku telah memberitahu para penumpang tentang mimpiku itu, dan kami pun bersolawat dengannya (dengan ungkapan solawat yang telah diterima di dalam mimpi itu) lebih kurang tiga ratus kali. Allah telah mela pangkan kami [daripada keadaan yang mencemaskan itu].
Dan telah berkata As-Saiyid Muhammad Afandi `Abdin di dalam catatan beliau
(penjelasannya) bahawa Al-`Allamah Al-Musnid Ahmad Al-‘Attor telah menyebutnya sebagai Solawat Al-Munjiyyah, dan beliau telah berkata pada [bahagian] akhirnya: Telah menambah Al-`Arif Al-Akbar [dengan kata-kata]: Wahai Yang Paling Penyayang daripada segala yang bersifat penyayang, wahai Allah.Beliau telah berkata: Telah berkata sesetengah masyaikh: Sesiapa yang mengucapkannya sebanyak seribu kali ketika ada kesulitan atau ketika turunnya musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] daripadanya dan akan rnenyampaikan hasratnya. Dan sesiapa yang membanyakkannya pada waktu taun [sedang menular],
akan diamankan daripadanya. Dan sesiapa yang membanyakkannya ketika belayar di laut, akan diamankan daripada tenggelam. Dan sesiap a yang membacanya sebanyak lima ratus kali, akan disampaikan apa yang dia ingi nkan di dalam hal menarik rezeki dan kekayaan, insya - Allah Ta’ala, dan ia adalah sesuatu yang benar-benar mujarab pada semua perkara itu. Dan Allah Ta’ala jua yang lebih mengetahui. Dan telah menyebut Asy-Syaikh As-Sowi perkara yang lebih kurang sama di dalarn komentar mengenai Wird Ad-Dardir(wirid-wirid yang telah digubah oleh AsySyaikh Ahmad seorang guru bagi At-Toriqah Al-Khalwatiyyah, yangamat terkenal
di negara Mesir pada zamannya) yang telah mengutip daripada As-Samhudi dan AlMalawi . Dan telah berkata Asy-Syaikh Al-‘Arif Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili di dalam kitabnya Khazinah Al-Asror : Ketahuilah bahawa solawat-solawat itu dibahagikan kepada empat ribu jenis, dan pada situ riwayat yang lain, dua belas ribu. Setiap sesuatu darinya telah dipilih oleh satu jamaah dari ahli Timur dan Barat, bersesuaian dengan apa yang telah mereka temui di dalam menjalin ikatan rohani di antara mereka dengan Baginda dan dari apa yang mereka fahami padanya [dari hal] keistimewaan-keistimewaan dan manfaat-manfaat, dan apa yang telah mereka temui padanya [dari hal] rahsia-rahsia, yang sesete ngahnya telah menjadi masyhur melalui ujikaji dan melalui penyaksian di dalam mendapatkan kelepasan daripada segala kesempitan dan pencapaian hasrat, seperti Solawat Al-Munjiyyah, dan ia adalah . . . .
Dan beliau telah menyebut bentuk ungkapan itu. Kemudian, beliau telah
berkata: Dan yang terlebih utama ialah dia mengucapkan, "Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad. Solawat yang dengannya kami diselamatkan . . ." sehingga ke akhirnya, kerana apa yang telah dikatakan oleh Baginda j, "Apabila engkau sekalian bersolawat ke atasku, jadikanlah ia umum (tidak dikhaskan untuk diri Baginda seorang, tetapi
juga mencakupi ahli keluarga Baginda ). Dan kesannya, dengan diikut sertakan keluarga Baginda itu, adalah lebih lengkap, dan lebih umum, dan leb ih banyak [pahala dan manfaatnya] dan lebih cepat [untuk dima kbulkan]. Begitulah yang telah diwasiatkan kepadaku dan yang telah diijazahkan kepadaku oleh sesetengah masyaikh.
Dan Asy-Syaikh al-Akhbar juga telah menyebutnya dengan disertakan sebutan a hli keluarga Baginda itu, dan beliau telah berkata bahawa ia adalah satu perbendaharaan daripada segala perbendaharaan Al-'Arsy (singgahsana Allah).
Sesungguhnya, sesiapa yang berdoa dengannya sebanyak seribu kali pada tengah malam untuk apa-spa hajat, sama ada hajat dunia atau hajat akhirat, Allah Ta`ala akan menunaikan hajatnya. Sesungguhnya ia (pengabulan bagi solawat ini) adalah lebih cepat daripada kilauan kilat, dan ia adalah eliksiryang agung dan penawar yang besar (sangat mujarab). Dan tiada dapat tiada, hendaklah ia disembunyikan dan ditutupkan daripada yang bukan ahlinya.
Demikianlah sebagaimana [ia telah disebutkan] di dalarn Sirr Al-Asror, dan
demikianlah juga sebagaimana yang telah disebutkan oleh Asy-Syaikh Al-Buni dan Al-Imam Al-Jazuli mengenai keistimewaan-keistimewaan Solawat AlMunjiyyah dan juga penerangan rahsia-rahsianya. Dan hendaklah engkau meninggalkannya (tidak menceritakan keistimewaan-keistimewaan dan rahsia-rahsia ini kepada orang-orang yang fasik) agar tiadalah ia terjatuh ke tangan orang-orang yang jahil. Dan semoga isyarat ini sudah mencukupi untuk mu.
0