Kaskus

Hobby

shamfarAvatar border
TS
shamfar
**Segala sesuatu tentang Sholawat Nabi masuk sini >>
A'udzu billahis sami'il 'aliim minasy syaithoonir rajiim

Bismillahir rahmaanirrahiim

Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin

Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad



Berhubungan thread sholawat sudah tidak ada TS-nya lagi, maka saya mengajukan kepada moderatur forspri untuk membuat ulang thread sholawat..(Approval Momod)
untuk thread sholawat sebelumnya dapat dilihat disini.
mohon maaf tidak bisa di merge, karena apabila di merge maka thread lama akan muncul di halaman depan emoticon-Smilie

Thread ini di buat dengan tujuan mengingatkan sesama umat nabi muhammad untuk bersholawat, meneladani akhlaqnya sehingga timbul cinta kepada sayyidina Muhammad, berbagi rasa, kisah dan cinta dalam dzauq mahabbah rasulillah shallallahu alaihi wasallam

Dalam thread ini saya akan sedikit mencuplik beberapa sholawat yang ada dalam kitab Afdhalush Sholawat ‘Ala Saidis Sadaat oleh disusun oleh al-’Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma’il An-Nabhani, dan juga beberapa sholawat masyhur yg di amalkan oleh para habaib dan masyayikh yang lainnya.

Semoga bermanfaat, dapat memotivasi kita untuk memperbanyak sholawat kepadan nabi dan semakin cinta dengan beliau shollallahu alaihi wasallam..Aamiin.



--------------------------------------------MENU:--------------------------------------------


1. Hukum Membaca Sholawat
2. Berapa jumlah bacaan sholawat kepada nabi?
3. Hukum sholawat bukan dari nabi (ghoiru ma'tsur)
4. Fadhilah Sholawat kepada Nabi
5. Macam-macam shighot sholawat nabi:
Spoiler for Macam-macam sholawat:


3. Kisah-kisah yang mengamalkan sholawat
4. Baca Rule Posting disini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allohumma shalli ala sayyidina Muhammad
wa 'ala aali sayyidina Muhammad
Diubah oleh shamfar 21-02-2019 11:29
nona212Avatar border
tien212700Avatar border
aiman12Avatar border
aiman12 dan 16 lainnya memberi reputasi
17
818.9K
2.9K
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Spiritual
Spiritual
KASKUS Official
6.4KThread2.7KAnggota
Tampilkan semua post
shamfarAvatar border
TS
shamfar
#351
Solawat Berdasarkan Tasbih Juwairiyyah Juwairiyyah
kaskus-image

“Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulukami Muhammad, hambaMu dan nabiMu serta rasulMu, nabi yang buta huruf (tiada tahu membaca atau menulis), dan ke atas keluarganya dan isteri-isterinya serta keturunannya, dan limpahkanlah juga [ke atasnya dan ke atas mereka] salam, sebanyak bilangan ciptaanMu, dan yang diredai oleh diriMu, dan seberat
timbangan singgahsanaMu, dan sebanyak bilangan jumlah kalimah-kalimahMu.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :

Telah mengutip Asy-Syaikh daripada Al-Hafiz As-Sakhani daripada Al-Majd Al-Fairuz Abadi daripada sesetengah mereka (para masyaikh): Andaikata telah bersumpah seorang manusia untuk mengucapkan sebaik-baik solawat ke atas An-Nabi j, hendaklah dia mengucapkan solawat ini.
Dan beliau telah berkata, "Guru kami lebih cenderung kepadanya (pendapat tentang sebaik-baik ungkapan solawat ini)." Dan yang zahir (ternampak jelas) ialah, orang yang telah mengucapkannya ialah Al-Hafiz As-Sakhani , serta gurunya Al-lmam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqo lani

Dan telah berkata para pemberi komentar Ad-Dalail :
Adalah lafaz-lafaz di dalam solawat ini telah diambil dari hadits berkenaan tasbih Ummil-Mu`minin Juwairiyyah binti Al-Harth , [yang telah diriwayatkan] di dalam Sohih Muslim. Telah bersabda Baginda j, kepada beliau (Juwairiyyah binti Al-Harth ), ketika Baginda jkeluar meninggalkan beliau
pada awal pagi ketika melakukan solat Subuh dan beliau sedang membaca tasbih, kemudian apabila Baginda pulang, beliau masih duduk [membaca tasbih] ketikawaktu Dhuha, maka Baginda jtelah bertanya kepada beliau, "Apakah engkau masih di dalam keadaan yang sama ketika aku berpisah denganmu?" Beliau telah menjawab, "Ya." Baginda jtelah berkata pula, "Aku telah membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, dan jika ditimbangkan ia dengan apa yang telah engkau ucapkan sepanjang
hari, ia adalah lebih berat : Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya sebanyak bilangan ciptaanNya, dan yang diredai oleh diriNya, dan seberat singgahsanaNya dan sebanyak bilangan jumlah kalimahkalimahNya."
Dan ia telah diriwayatkan juga oleh para pemilik (para penyusun kitab-kitab hadits yang berjudul) Sunan.

Telah berkata Asy-Syaikh: Dan dengan perkara ini, telah menjadi kuatlah pendapat sesetengah mereka (para masyaikh) bahawa tambahan ganjaran (pahala) dan bilangan bagi si pembaca solawat itu
adalah di atas bilangan ini dan juga dengan penambahannya. Dan telah dikatakan pula [oleh golongan yang lain], ia akan dituliskan perkara ini (diberik an pahala berdasarkan bilangan yang dibaca) tanpa
penambahannya, dan perbezaan perkara ini adalah bergantung kepada perbezaan keadaan dan diri individu. Dan yang telah dikuatkan oleh At-Tilimsani ialah [pendapat] yang pertama, di dalam penjelasan bagi hadits Muslim [yang telah disebutkban] sebelum ini.
Dan aku telah melihat di dalam [kitab yang mengumpulkan] fatwa-fatwa Ibnu Hajar apa yang telah menyokongnya.
0
Ikuti KASKUS di
© 2025 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.