TS
shamfar
**Segala sesuatu tentang Sholawat Nabi masuk sini >>
A'udzu billahis sami'il 'aliim minasy syaithoonir rajiim
Bismillahir rahmaanirrahiim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin
Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad
Bismillahir rahmaanirrahiim
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin
Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad
Berhubungan thread sholawat sudah tidak ada TS-nya lagi, maka saya mengajukan kepada moderatur forspri untuk membuat ulang thread sholawat..(Approval Momod)
untuk thread sholawat sebelumnya dapat dilihat disini.
mohon maaf tidak bisa di merge, karena apabila di merge maka thread lama akan muncul di halaman depan

Thread ini di buat dengan tujuan mengingatkan sesama umat nabi muhammad untuk bersholawat, meneladani akhlaqnya sehingga timbul cinta kepada sayyidina Muhammad, berbagi rasa, kisah dan cinta dalam dzauq mahabbah rasulillah shallallahu alaihi wasallam
Dalam thread ini saya akan sedikit mencuplik beberapa sholawat yang ada dalam kitab Afdhalush Sholawat ‘Ala Saidis Sadaat oleh disusun oleh al-’Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma’il An-Nabhani, dan juga beberapa sholawat masyhur yg di amalkan oleh para habaib dan masyayikh yang lainnya.
Semoga bermanfaat, dapat memotivasi kita untuk memperbanyak sholawat kepadan nabi dan semakin cinta dengan beliau shollallahu alaihi wasallam..Aamiin.
--------------------------------------------MENU:--------------------------------------------
1. Hukum Membaca Sholawat
2. Berapa jumlah bacaan sholawat kepada nabi?
3. Hukum sholawat bukan dari nabi (ghoiru ma'tsur)
4. Fadhilah Sholawat kepada Nabi
5. Macam-macam shighot sholawat nabi:
Spoiler for Macam-macam sholawat:
3. Kisah-kisah yang mengamalkan sholawat
4. Baca Rule Posting disini
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allohumma shalli ala sayyidina Muhammad
wa 'ala aali sayyidina Muhammad
Diubah oleh shamfar 21-02-2019 11:29
aiman12 dan 16 lainnya memberi reputasi
17
818.9K
2.9K
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Spiritual
6.4KThread•2.7KAnggota
Tampilkan semua post
TS
shamfar
#241
sholawat imam ali karomahullah wajhah

“Wahai Allah, yang telah mendamparkan segala yang telah dijadikan terdampar (bumi). Dan yang telah menciptakan (beberapa lapisan langittinggi sebagai) bumbung (bagi bumi). Jadikanlah (yakni limpahkanlah) kemuliaan solawatMu dan ketambahan barakahMu, dan kelembutan kasih-sayangMu, ke atas penghulu kami Muhammad, hambaMu dan rasulMu, pembuka bagi yang tertutup dan penamat bagi (para nabi) yang terdahulu. Dan yang telah mengumumkan kebenaran dengan kebenaran, dan [adalah] penghancur bagi segala tentera kebatilan.
Sebagaimana yang telah dipikulkan [ke atasnya], diatelah melaksanakan perintahMu dengan penuh ketaatan kepadaMu. Dengan bersegera [tanpa berlengah] dia mencari keredhaanMu.
Dia sentiasa sedar menjaga wahyuMu. Dia sentiasa memelihara janji kepadaMu. Dia sentiasa bersedia untuk melaksanakan perintahMu, sehingga dengan menyalakan api bagi si pencari (kebenaran), telah sampai nikmat Allah kepada keluarganya dengan sebabnya.
Melaluinya, kalbu-kalbu telah mendapat petunjuk (walaupun) setelah berlumuran dengan fitnah dan dosa. Dan dia telah menjadikan gembira ( kalbu-kalbu) dengan menyatakan ilmu-ilmu dan menerangkan hukum-hukum dan menjadikan berkilaucahaya Islam.
Maka dia adalah penyimpan amanahMu yang dipercayai. Dan khazanah ilmuMu yang tersembunyi. Dan adalah saksiMu pada Hari Kiamat. Dan yang telah Dikau bangkitkan sebagai satu nikmat. Dan telah Engkau utuskan dengan kebenaran sebagai satu rahmat.
Wahai Allah, berikanlah kepadanya keluasan di Syurga `AdniMu. Dan balaskanlah dia dengan kebaikan yang berlipat ganda dari anugerahMu. Dengan kegembiraan baginya tanpa sebarang cacat cela, dari kemenangan pemberianMu yang bersesuaian. Dan dengan kelimpahan pengurniaanMu yang setimpal.
Wahai Allah, tinggikanlah tingkatannya di atas segala tingkatan manusia. Dan muliakanlah tempat kembalinya di sisiMu serta kedudukannya. Dan sempurnakanlah cahayanya. Dan balaskanlah dia dengan penerimaan di atas kesaksian, dan dengan keredhaan di atas segala perkataan.
[Dia yang merupakan] pemilik tuturkata yang adil, d an garis jalan pemisah (yang dapat membezakan di antara yang benar dari yang batil) serta bukti yang agung.”
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:
Solawat ini telah disebut oleh al-Qadi 'Iyad di dalam Asy-Syifa’, dan oleh Al-Jazuli di dalam Dalail Khairat, dan oleh As-Qostolani di dalam Al-Mawahib Al-Ladunniyyah, dan juga [olehtokoh-tokoh agama Islam] yang lain daripada mereka.
Telah berkata As-Qostolani [yang telah memetik sumber] daripada Salamah Al-Ki ndi bahawa [penghulu kita] ‘Ali telah mengajar orang ramai doa ini. Dan pada satu lafaz beliau telah mengajar orang ramai [cara membaca] solawat ke atas Rasulullah j, dan beliau telah mengucapkan (bentuk ungkapan solawat itu sebagai) "Wahai Allah, yang telah mendamparkan segala yang telah dijadikan terdampar ......... ." hingga ke akhirnya.
Dan telah berkata para pemberi komentar Ad-Dalail, bahawa ia telah disebutkan di dalam AsySyifa', [yang juga telah memetik sumber] daripada Salamah Al-Kindi , daripada [penghulu kita] 'Ali .
Dan At-Tobrani telab mengeluarkannya di dalam Al-Ausat, dan Ibn Abi Syaibah di dalam AlMusannaf, serta Sa’id bin Mansur daripada [penghulu kita] ‘Ali .
Diubah oleh shamfar 26-12-2013 07:07
0