Kaskus

Hobby

shamfarAvatar border
TS
shamfar
**Segala sesuatu tentang Sholawat Nabi masuk sini >>
A'udzu billahis sami'il 'aliim minasy syaithoonir rajiim

Bismillahir rahmaanirrahiim

Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin

Allohumma shalli 'ala sayyidina Muhammad
wa 'alaa aali sayyidina Muhammad



Berhubungan thread sholawat sudah tidak ada TS-nya lagi, maka saya mengajukan kepada moderatur forspri untuk membuat ulang thread sholawat..(Approval Momod)
untuk thread sholawat sebelumnya dapat dilihat disini.
mohon maaf tidak bisa di merge, karena apabila di merge maka thread lama akan muncul di halaman depan emoticon-Smilie

Thread ini di buat dengan tujuan mengingatkan sesama umat nabi muhammad untuk bersholawat, meneladani akhlaqnya sehingga timbul cinta kepada sayyidina Muhammad, berbagi rasa, kisah dan cinta dalam dzauq mahabbah rasulillah shallallahu alaihi wasallam

Dalam thread ini saya akan sedikit mencuplik beberapa sholawat yang ada dalam kitab Afdhalush Sholawat ‘Ala Saidis Sadaat oleh disusun oleh al-’Allamah Al-Qadhi Asy-Syeikh Yusuf bin Isma’il An-Nabhani, dan juga beberapa sholawat masyhur yg di amalkan oleh para habaib dan masyayikh yang lainnya.

Semoga bermanfaat, dapat memotivasi kita untuk memperbanyak sholawat kepadan nabi dan semakin cinta dengan beliau shollallahu alaihi wasallam..Aamiin.



--------------------------------------------MENU:--------------------------------------------


1. Hukum Membaca Sholawat
2. Berapa jumlah bacaan sholawat kepada nabi?
3. Hukum sholawat bukan dari nabi (ghoiru ma'tsur)
4. Fadhilah Sholawat kepada Nabi
5. Macam-macam shighot sholawat nabi:
Spoiler for Macam-macam sholawat:


3. Kisah-kisah yang mengamalkan sholawat
4. Baca Rule Posting disini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allohumma shalli ala sayyidina Muhammad
wa 'ala aali sayyidina Muhammad
Diubah oleh shamfar 21-02-2019 11:29
nona212Avatar border
tien212700Avatar border
aiman12Avatar border
aiman12 dan 16 lainnya memberi reputasi
17
818.9K
2.9K
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Spiritual
Spiritual
KASKUS Official
6.4KThread2.7KAnggota
Tampilkan semua post
shamfarAvatar border
TS
shamfar
#76
Sholawat nabi ilyas dan khidir
kaskus-image

“Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

“Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani : Telah bersabda Baginda , “Sesiapa yang membaca solawat ini, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat, dan Allah akan meletakkan kecintaanNya pada kalbu-kalbu manusia. Tiada yang menjadi marah kepadanya melainkan orang yang
memiliki kemunafikan di dalam kalbunya.”

Telah berkata guru kami, yakni ‘Ali Al-Khawwas , “Adakah hadits ini dan yang sebelumnya, yakni sabdaan Baginda , “Keadaan paling dekat denganku bagi seseorang daripada engkau sekalian ialah apabila aku disebut, dia bersolawat ke atasku”, kami meriwayatkannya daripada sebahagian Al-‘Arifin,daripada Al-Khidir , daripada Rasulullah jdan ia (hadits-hadits) berdua di sisi kami adalah sohih, pada setinggi-tinggi darjat kesohihan, walaupun tiadalah ia ditetapkan oleh para ilmu hadits, kerana
kesulitan istilah-istilah mereka. Dan Allah jua lebih mengetahui!”
(Berakhir petikan kata-kata daripada Al-Imam Asy-Sya’rani )


Perkara ini dikuatkan lagi oleh apa yang telah dipetik oleh Al-Hafiz As-Sakhawi daripada Majduddin Al-Fairuzabadi , pemilik Al-Qamus,dengan sanadnya yang sampai kepada Al-Imam AsSamarqandi .

Beliau telah berkata. “Aku telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , dan mereka berdua telah berkata, “Kami telah mendengar Rasulullah jbersabda, “Tiadalah seorang yang beriman mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad”, melainkan akan dijadikan manusia mencintainya, walaupun mereka sedang membencinya. Demi Allah, tiadalah mereka mencintainya sehingga Allah mencintainya.” Dan kami juga telah mendengar Rasulullah j bersabda dari atas mimbar, “Sesiapa yang mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad”, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat.”

Dan telah dipetik oleh Al-Hafiz yang tersebut (As-Sakhawi ) dengan sanad yang terdahulu bahawa Al-Imam As-Samarqandi telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , mereka berdua juga telah bercerita, “Pada Bani Israil (di zaman dahulu), ada seorang Nabi, telah dikatakan bahawa dia bernama Asmawil, yang telah diberikan kemenangan di atas para musuhnya. (Pada suatu hari), dia telah keluar mencari musuh dan mereka (musuh) telah berkata, “Inilah adalah seorang ahli sihir. Dia telah datang untuk menyihir mata kita dan menghancurkan askar-askar kita. Maka haruslah kita bawa dia ke tepi laut dan kita musnahkan dia.” Maka dia pun keluar disertai empatpuluh orang lelaki dan pergilah mereka ke tepi laut. Telah bertanya sahabat-sahabatnya, “Apakah yang mesti kita lakukan?” Dia telah menjawab, “Majulah engkau sekalian dan ucapkanlah, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad!” Mereka pun maju ke hadapan dan mereka telah mengucapkan (solawat itu), lalu musuhmusuh mereka pun terdesak ke tepi laut lalu telah menjadi hanyut kesemuanya.”

Dan telah diriwayatkan juga oleh Al-Hafiz bahawa telah datang seorang lelaki dari Asy-Syam bertemu dengan An-Nabi j, dia telah berkata, “Wahai Utusan Allah! Bapaku adalah seorang yang sudahtua, dan dia mencintai (teringin) untuk melihatmu.” Baginda j telah berkata, “Bawalah dia bertemu denganku.” Dia telah menjawab, “Sesungguhnya, penglihatannya sudah rosak!” Baginda jtelah berkata, “Katakanlah kepadanya, “Ucapkanlah pada tujuh malam” “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas
Muhammad.” Maka, dia akan melihatku di dalam mimpi, sehingga dia telah dapat meriwayatkan hadits daripadaku.”

Maka dia (bapa lelaki itu) pun melakukannya, dan telah melihat Baginda jdi dalam mimpi, dan dia telah dapat meriwayatkan(hadits) daripada Baginda
0
Ikuti KASKUS di
© 2025 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.