- Beranda
- The Lounge
KISAH DAJJAL [Lengkap]
...
TS
guztava
KISAH DAJJAL [Lengkap]
![KISAH DAJJAL [Lengkap]](https://s.kaskus.id/images/2012/09/19/4733082_20120919025547.jpeg)
Meskipun telah banyak artikel tentang Dajal telah dibincangkan tetapi mungkin ramai bagi kita yang masih kabur-kabur. Siapakah itu Dajal? Apakah bukti-bukti kewujutan Dajal? Sejak kapankah dia ada dan adakah dia yang menyesatkan umat manusia di setiap peradaban ketamadunan? Dan kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mempunyai ilmu secukupnya untuk menghadapi The False Messiah ini. Perhatikan tanda-tanda kedatangannya di sekeliling kita, sudah begitu banyak bagi yang celik mata dan hati.
(yaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
A'li-Imraan 191
Insya Allah semua persoalan yang sering bermain di benak anda itu akan terjawab apabila membaca artikel ini dan sedikit info tambahan dari kami. Selamat Membaca!
*Kredit to Konspirasi Teoris
Mau atau tidak mau, kita harus meneliti sejarah karena ia menyimpan banyak rahasia yang harus dibongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merusakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.
Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa yang ditinggalkan tanpa jawapan dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri the puzzle.
Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garuk kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garuk kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.
Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains. KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!
Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.
Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahwa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda arah dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hin**, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Krist*** dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.
Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu garisan benang halus yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis coba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.
KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL
*Mengenal pasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam
![KISAH DAJJAL [Lengkap]](https://s.kaskus.id/images/2012/09/19/4733082_20120919025436.jpg)
Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sudahkah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.
![KISAH DAJJAL [Lengkap]](https://s.kaskus.id/images/2012/09/19/4733082_20120919025559.jpeg)
Apa yang dimaksudkan dengan sabda di atas ialah, Dajal akan memberikan kita melalaikan kita dengan syurga dunia iaitu kemewahan, pangkat, harta dan wanita yang sekaligus akan menyebabkan kita lupa diri dan hanyut dengan keduniaan semata-mata walhal itu hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik kembali nikmat-nikmat yang dikecapi itu. Inilah Benedictine Order yang mereka laksanakan dan ramai yang terpedaya lupa apa yang patut sebenarnya kita kejar.
INDEX KISAH DAJJAL [LENGKAP] :
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 2
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 3
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 4
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 5
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 6
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 7
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 8
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 9
KISAH DAJJAL [Lengkap] part 10
0
32K
244
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
The Lounge
1.3MThread•103.8KAnggota
Tampilkan semua post
TS
guztava
#37
KISAH DAJJAL [Lengkap] Part 7
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik

Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.
Stonehenge dikatakan dibina untuk merekam pergerakan matahari bermula dari ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara tersusun tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.
Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mulai terbit pada setiap pagi, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategis dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.
Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang tahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini karena mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.
Mengikut Judith Flanders, Mysteries Of The Ancient World, halaman 31 menyatakan:
"It was hardly two centuries ago that sightline to the midsummer sunrise was first detected at Stonehenge. It was not until nineteenth century that similar alignments were noticed in other stone circles. And it is only in the last decade that other orientations have been confirmed, unexpectedly to the cardinal points of nort, east, south and west, directions that remain teasingly unexplained. How they were achieved in times when there was no pole star in unclear.""
Lebih kurang dua kurun dahulu, buat pertama kalinya garisan yang berjajaran dengan terbitnya matahari musim panas dikesan pada susunan batu Stonehenge. Hanya pada kurun ke-19 jajaran yang sama dikesan wujud pada lingkaran batu lain. Dan hanya pada abad akhir bentuk orientasinya disahkan, di luar jangkaan ia menunjuk tepat ke arah utara, timur, selatan dan barat, arah yang sehingga kini membingungkan para pengkaji. Bagaimana pembinanya mampu melakukannya sedangkan tidak ada arah kompas bintang pada waktu itu."
Satu lagi fakta mengejutkan, dipetk dari Reader's Digest, Strange Stories, Amazing Facts II, halaman 341.
"Researcher in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence to blind springs also emerged...Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with 'blind springs' where water wells up but not break the surface."
"Para pengkaji Amerika secara bersama mendedahkan bahwa pembentukan jaringan garisan lurus itu, artefak kaum Indian dan binaan batu agam jelas dibina dan diletakkan oleh manusia dan bertemu dengan mata air yang terbenam...Para pencari air di dukung dengan kajian geologis menemui bahwa garisan putih dan lokasi purba bertemu dengan mata air yang terbenam."

Ada sesuatu yang terlindung yang perlu difahami oleh kita semua. Mengapa bongkah-bongkah ini dibina di atas jajaran ley dan blind springs? Menurut Alfred Watkins yang menemui fenomena ini, perkataan ley membawa maksud 'garam' di dalam bahasa purba. Asal perkataan itu dipercayai diperoleh sebagai denai (jalan) pedagang mengangkut garam. Denai itu bukan hanya menjadi laluan malah mempunyai Earth force (kuasa Bumi).
Menurut kajian mereka, para dowser menggunakan denai ini untuk mencari air. Ini bermakna ley itu mengarah ke puncak mata air yang terbenam atau dikenali sebagai blind springs. Teori Watkins telah disahkan oleh pakar matematik dan jurutera Alexander Thom pada tahun 1960. Beliau mengatakan bahwa lokasi semua bongkah batu di Eropa khususnya di Britain adalah berjajaran dengan fenomena astronomi dan berakhir dengan tempat terbitnya sumber mata air - Blind springs.
Apa Makna Semua Ini?
Perkara ini bukan suatu kebetulan. Kedudukan bongkah batu ini diletakkan dengan tujuan yang telah dijangka dan satu perancangan yang tersembunyi. Kembalikan ingatan kita kepada hadith Nabi S.A.W:
"Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di Bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid At-Thur dan Masjid Aqsa."
(Riwayat Imam Ahmad, sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26)
HAARP ( High Frequency Active Auroral Research Program)

Jadi, KEMUNGKINAN BESAR DAJJAL AKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI HAARP UNTUK MENGELUARKAN AIR SEWAKTU KEMARAU TIGA TAHUN MENJELANG KEDATANGANNYA. INI MEMBANTU 'TAYANGAN PERDANANYA' UNTUK MEMPERHAMBAKAN UMMAT!.
MASIH ADA LANJUTANNYA GAN!!!!