TS
Latapie
[Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama
Trit ini diperuntukan bagi Jemaat Kristiani yang ingin berbagi mengenai informasi seputar Ayat-ayat, Tokoh-tokoh sejarah, bukti arkeologi, Nubuat-nubuat ataupun sekedar mengenal lebih jauh mengenai Alkitab, khususnya dalam Perjanjian Lama (PL).
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/i762.photobucket.com/albums/xx263/luculucu/scroll.jpg)
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/i778.photobucket.com/albums/yy66/PerjanjianLama/2dhfn11.gif)
INDEX
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/i778.photobucket.com/albums/yy66/PerjanjianLama/2dhfn11.gif)
Siapa Penulis Kitab Kejadian?
Sekilas mengenai Perjanjian Lama
Taurat Dan Kitab-Kitab Perjanjian Lama
Perbedaan Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru
Penciptaan Langit, Bumi, Isinya & Manusia
Hari I: Langit, Bumi dan Menjadikan Terang
Hari II: Allah Menciptakan Cakrawala
Hari III: Memisahkan Daratan dengan lautan & Menciptakan Tumbuhan
Hari IV: Matahari, Bulan dan Bintang
Hari V: Binatang di Lautan dan Burung di Udara
Hari VI: Binatang dibumi, Ternak, Binatang Melata & Manusia
Hari VII: Istirahat
Penciptaan Menurut Kitab Kejadian vs Ilmu Pengetahuan
Taman Eden & Dimanakah Lokasinya?
Asal Mula Dosa
Akibat & Pengaruh Dosa
Nama-nama Tuhan dalam Bahasa Ibrani
NUH
Abraham
Musa
Pandangan Yahudi & Nasrani
Kelahiran Sampai Dewasa
Mukjizat-mukjizat Musa
10 Tulah di Mesir
Membelah Laut
Air Pahit Menjadi Manis
Manna dari Langit
Ular Tedung
Sepuluh Perintah
Kemah Suci
Tabut Perjanjian
Menôrâh
Perjamuan Kudus dalam Perjanjian Lama
I. Pendahuluan
II. Perjamuan Makan dalam PL
2.1 Perjamuan Makan di Israel Kuno
2.2 Perjamuan Makan & Agama
3.1. Keluaran & Paskah
3.2 Perjamuan Seder
3.3 Darah & Daging dalam Perjamuan Paskah
Pokok Pemikiran Taurat
Pokok Pemikiran Nabi Terdahulu
Pokok Pemikiran Nabi Terkemudian
NABI-NABI DALAM PERJANJIAN LAMA
Yesaya (Nabi sang pemberita penghiburan & Nabi bagi bangsa-bangsa)
Yeremia (Nabi Bagi Bangsa-Bangsa)
Yehezkiel (Nabi Bagi Para Tawanan)
Hosea (Nabi yang besar kasihnya)
Yoel (Nabi Sang pemberita pertobatan)
Amos (Nabi sang pemberita keadilan)
Yunus (Nabi sang pemberita penghakiman)
Mikha (Pahlawan bagi kaum miskin)
Habakuk (Nabi yang bimbang)
Hagai (Nabi yang membangkitkan semangat)
Zakaria (Nabi sang pemberita pengharapan)
Maleakhi (Nabi sang pemberani)
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/i762.photobucket.com/albums/xx263/luculucu/scroll.jpg)
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/i778.photobucket.com/albums/yy66/PerjanjianLama/2dhfn11.gif)
INDEX
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/i778.photobucket.com/albums/yy66/PerjanjianLama/2dhfn11.gif)
Siapa Penulis Kitab Kejadian?
Sekilas mengenai Perjanjian Lama
Taurat Dan Kitab-Kitab Perjanjian Lama
Perbedaan Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru
Penciptaan Langit, Bumi, Isinya & Manusia
Hari I: Langit, Bumi dan Menjadikan Terang
Hari II: Allah Menciptakan Cakrawala
Hari III: Memisahkan Daratan dengan lautan & Menciptakan Tumbuhan
Hari IV: Matahari, Bulan dan Bintang
Hari V: Binatang di Lautan dan Burung di Udara
Hari VI: Binatang dibumi, Ternak, Binatang Melata & Manusia
Hari VII: Istirahat
Penciptaan Menurut Kitab Kejadian vs Ilmu Pengetahuan
Taman Eden & Dimanakah Lokasinya?
Asal Mula Dosa
Akibat & Pengaruh Dosa
Nama-nama Tuhan dalam Bahasa Ibrani
NUH
Abraham
Musa
Pandangan Yahudi & Nasrani
Kelahiran Sampai Dewasa
Mukjizat-mukjizat Musa
10 Tulah di Mesir
Membelah Laut
Air Pahit Menjadi Manis
Manna dari Langit
Ular Tedung
Sepuluh Perintah
Kemah Suci
Tabut Perjanjian
Menôrâh
Perjamuan Kudus dalam Perjanjian Lama
I. Pendahuluan
II. Perjamuan Makan dalam PL
2.1 Perjamuan Makan di Israel Kuno
2.2 Perjamuan Makan & Agama
3.1. Keluaran & Paskah
3.2 Perjamuan Seder
3.3 Darah & Daging dalam Perjamuan Paskah
Pokok Pemikiran Taurat
Pokok Pemikiran Nabi Terdahulu
Pokok Pemikiran Nabi Terkemudian
NABI-NABI DALAM PERJANJIAN LAMA
Yesaya (Nabi sang pemberita penghiburan & Nabi bagi bangsa-bangsa)
Yeremia (Nabi Bagi Bangsa-Bangsa)
Yehezkiel (Nabi Bagi Para Tawanan)
Hosea (Nabi yang besar kasihnya)
Yoel (Nabi Sang pemberita pertobatan)
Amos (Nabi sang pemberita keadilan)
Yunus (Nabi sang pemberita penghakiman)
Mikha (Pahlawan bagi kaum miskin)
Habakuk (Nabi yang bimbang)
Hagai (Nabi yang membangkitkan semangat)
Zakaria (Nabi sang pemberita pengharapan)
Maleakhi (Nabi sang pemberani)
Quote:
tata604 memberi reputasi
1
91.3K
2.3K
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Spiritual
6.4KThread•2.7KAnggota
Tampilkan semua post
TS
Latapie
#666
Abraham
![kaskus-image]()

Dua tahun setelah banjir, ketika Sem anak Nuh berumur 100 tahun, Sem ia memperanakkan Arpakhsad (Kejadian 11:10). Setelah Arpakhsad hidup tiga puluh lima tahun, ia memperanakkan Selah (Kejadian 11:12). Beberapa generasi berlalu seperti ini. Setelah kira-kira 300 tahun telah berlalu, seorang yang bernama Abram dilahirkan. Nama bapanya ialah Terah (Kejadian 11:26).
Abram dibesarkan di sebuah kota di Mesopotamia (Kisah 7:2) yang dipanggil Ur, tidak jauh dari tempat di mana Nimrod mula membangun Babel (Kejadian 11:2). Di sini Abram, seperti Nuh, belajar mentaati Hukum-hukum Tuhan, sementara sekali lagi penduduk dunia ini menyembah berhala dan hidup semakin jauh dari jalan Tuhan. Abram salah seorang dari sedikit orang yang tidak menyertai jalan pagan. Di Mesopotamia Abram mendapat penglihatan pertamanya atau panggilan Tuhan untuk meninggalkan negerinya dan bangsanya (Kisah 7:2). Ketika berumur kira-kira tujuh puluh lima tahun Abram sekali lagi diminta berpindah bersama keluarganya ke negeri lain.
Berfirmanlah TUHAN kepada Abram: "Pergilah dari negerimu dan dari sanak saudaramu dan dari rumah bapamu ini ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu. (Kejadian 12:1)
Abram mentaati Tuhan
Tuhan menjanjikannya bahawa sekiranya dia mentaati semua perintahNya, Abram sendiri akan diberkati dan dia akan menjadi bapa suatu bangsa yang besar (Kejadian 12:2-3). Sampai waktunya bangsa ini bakal menikmati berkat-berkat yang amat istimewa. Abram tidak tahu bagaimana keadaannya negeri ke mana dia akan pergi, dan dia tidak tahu berkat-berkat apakah yang diberikan kepada orang-orangnya, tetapi dia mempercayai Tuhan dan taat.
Selain isterinya, Sarai, Abram membawa bersama anak saudaranya yang bernama Lot dan isteri Lot, dan para gembala untuk menjaga kawanan-kawanan domba serta para penggiring untuk mengawal kumpulan-kumpulan lembu sapi. Ini bukan tugas kecil bagi Abram memindahkan keluarganya dan harta milik mereka ke negeri yang jauh (Kejadian 12:4).
Selepas berminggu-minggu perjalanan, mereka tiba di tanah Kanaan, di mana Tuhan telah katakan Abram harus pergi (Kejadian 12:5). Kanaan merupakan tanah yang amat subur di mana adanya tanah yang baik untuk penanaman. Namun penduduk di situ jahat. Jadi Tuhan membuatkan kebuluran terjadi di kawasan itu. Kebuluran ini terjadi selepas saja Abram sampai Kanaan (Kejadian 12:10). Kekurangan hujan menyebabkan semua pohon buah, sayur-sayuran dan rumput menjadi kering. Ada sedikit saja makanan untuk binatang-binatang yang dibawa Abram dan Lot ke Kanaan. Tanpa lembu sapi atau domba, makanan pastinya tidak cukup untuk Abram dan orang-orang yang bersamanya.
Abram pergi ke Mesir
Berita sampai kepada pengembara-pengembara itu bahawa di negeri Mesir tiada kekurangan hujan, jadi Abram dan keluarganya pergi ke Mesir untuk menyelamatkan ternakan mereka. Tuhan telahpun membuat perjanjian dengan Abram untuk memberinya tanah itu dan memberinya makan di mana dia berada, namun dia tidak memiliki iman untuk tinggal dan percaya pada Tuhan. Kemudian nanti kita akan lihat bahawa Abraham merupakan hamba yang setia dan sahabat Tuhan melalui ketaatannya. Lihat karya Abraham dan Ishak: Korban Penuh Taat (No. CB11).
Di negeri Mesir satu tamadun agung telah tumbuh sejak banjir. Raja-raja Mesir, atau Firaun, telah menjadi kaya dan berkuasa walaupun mereka menyembah berhala. Mereka menikmati semua benda baik yang datang daripada tanah. Apa yang mereka tiada mereka ambil dari orang lain.
Oleh sebab Sarai seorang perempuan cantik, dan Abram takut raja Mesir mungkin ingin menjadikannya salah seorang daripada isteri-isterinya yang ramai, dia meminta Sarai berpura-pura sebagai adiknya dan bukan isterinya (Kejadian 12:12-13). Sarai sebenarnya adik tiri Abram, sebab bapanya ialah bapa Abram, tetapi ibunya bukanlah ibu Abram. Abram mahu menyampaikan separuh kebenaran ini kerana dia takut sekiranya diketahui bahawa dia ialah suami Sarai, orang Mesir mungkin membunuhnya supaya Sarai bebas dikahwini.
Hal yang ditakuti Abram berlaku tidak lama kemudian. Walaupun berumur kira-kira 65 tahun, Sarai masih kelihatan seperti seorang perempuan muda dan rupawan. Dia amat cantik dipandang. Sekejap saja berita tersebar bahawa perempuan luar biasa ini mungkin amat disenangi Firaun, dan dia memerintah agar Sarai dibawa ke istananya.
Firaun begitu senang sekali dengan kemungkinan Sarai menjadi isterinya, sehingga dia memberi Abram hadiah-hadiah mahal termasuk binatang ternakan, hamba-hamba dan kediaman yang sangat baik. Namun Abram berdosa kerana dia berbohong dan Firaun berdosa dengan mengambil isteri orang lain. Oleh sebab itu Tuhan menimpakan tulah ke atas kerabat Firaun. Firaun murka dengan Abram, tetapi dia menghantar Sarai kembali kepada suaminya, dan memberi perintah kepada orang-orangnya untuk memastikan Abram dan keluarganya serta harta miliknya diiring keluar dari Mesir dengan selamat (Kejadian 12:14-20). Kita dapat lihat di sini bahawa perkahwinan dan Hukum-hukum Tuhan sudahpun diketahui waktu itu.
Pulang ke Kanaan
Abram dan Lot serta isteri-isteri mereka dan hamba-hamba sekalian kemudian memindahkan binatang ternakan mereka kembali ke Kanaan. Abram pergi ke satu tempat di mana dia pernah mendirikan mezbah kepada Tuhan bila dia mula-mula sampai ke Kanaan. Di situ dia meminta pengampunan dan penguatan (Kejadian 13:4).
Sampai waktu ini kebuluran di Kanaan sudah tamat. Kawanan domba dan lembu sapi milik Abram dan Lot telah menjadi lebih banyak. Tuhan memberkati Abram dan juga Lot sementara dia menjadi sebahagian daripada keluarga Abram. Namun sebab binatang-binatang itu begitu banyak, orang Abram dan orang Lot mula bertengkar atas tempat-tempat di mana adanya paling banyak rumput dan air. Abram tidak ingin berselisih dengan Lot, jadi dia mengusulkan supaya mereka memilih daerah-daerah berasingan untuk tinggal.
Tuhan telah menjanjikan tanah ini kepada Abram. Abram mempunyai hak pilihan pertama di mana dia mahu binatang-binatangnya makan rumput, namun tanpa mementingkan diri dia meminta Lot membuat pilihan dahulu. Lot memandang tanah subur di lembah Sungai Yordan, dan berkata dia inginkan tanah di situ. Ini meninggalkan kawasan tanah tinggi kepada Abram, namun Abram puas hati kerana Lot puas hati (Kejadian 13:5-12).
Selepas itu, Tuhan berfirman kepada Abram sekali lagi, memberitahunya bahawa seluruh tanah yang dapat dilihatnya di semua arah akan selamanya menjadi miliknya dan keturunannya, yang bilangannya akan sama dengan bilangan butir pasir di atas Bumi. Kemudian Abram memindahkan khemahnya ke Hebron dan di situ dia mendirikan mezbah kepada Tuhan (Kejadian 13:14-18). Ini merupakan janji indah kepada Abram, yang waktu itu sudah berumur hampir 80 tahun dan tiada anak.
Sementara itu, Lot dan keluarganya memasang khemah mereka dekat kota Sodom di lembah Yordan yang subur. Lot menyangka dia telah membuat pilihan yang bijak dengan pergi ke situ. Dia tidak menyedari kesukaran yang akan dialaminya dengan orang yang hidup di situ. Mereka sangat keji sekali. Sebagai seorang yang saleh, Lot sepatutnya tidak sekali-kali pergi dekat mereka.
0
![★★★ [Christian Only]Bincang-Bincang Perjanjian Lama ★★★](https://dl.kaskus.id/www.sport.uni-erlangen.de/wassersportzentrum/img/stempel_approved.gif)