Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

kissmybutt007Avatar border
TS
kissmybutt007
SG catat kematian pertama terkait vaksin COVID-19
SG catat kematian pertama terkait vaksin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca: 2 min

SG catat kematian pertama terkait vaksin COVID-19
(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 18 Feb 2023 07:47AM Dikemas Kini : 18 Feb 2023 08:19AM
Penanda
WhatsApp Facebook Twitter Email LinkedIn


SINGAPURA: Singapura mencatatkan kematian pertama terkait dengan vaksin COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada Jumaat (17 Feb) bahawa seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun berkemungkinan meninggal dunia disebabkan vaksinasi terhadap koronavirus itu. 
Dalam kenyataannya, MOH menyatakan lelaki itu meninggal dunia 21 hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Moderna-Spikevax pada 18 Jun 2021. Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2021 setelah rebah di tempat kerjanya pada awal hari berkenaan.
Koroner Negara pada Rabu (15 Feb) memutuskan bahawa kematian lelaki itu merupakan "peristiwa perubatan yang malang", dengan punca kematian disahkan sebagai miokarditis iaitu sejenis keradangan jantung. 
Koroner turut mendapati berdasarkan imbangan kebarangkalian, ia "berkemungkinan berkaitan dengan vaksinasi COVID-19", menurut MOH tanpa mendedahkan identiti lelaki tersebut.
Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) MOH, bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak S$225,000 akan diberikan kepada keluarga lelaki itu.
"MOH sedang bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk menghulurkan bantuan kepada keluarganya dan memudahkan permohonan mereka," tambah MOH. 
Kementerian itu menyatakan setakat ini, lebih 17 juta dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di Singapura menerusi program vaksinasi nasional dan ini merupakan "kematian tempatan pertama terkait dengan vaksin COVID-19". 
Dalam kemas kini terkini mengenai keselamatan vaksin oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), miokarditis kekal jarang berlaku dengan kadar laporan kes 0.0001 peratus bagi dos vaksin bivalen yang menyasarkan lebih daripada satu jujukan koronavirus. 
Bagi vaksin-vaksin monovalen dalam siri vaksinasi asas, kadarnya adalah 0.0011 peratus. 
MOH menyatakan sebagai langkah berjaga-jaga sejak September 2021, individu yang divaksin dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan kegiatan fizikal atau senaman berat selama dua minggu selepas vaksinasi untuk mengurangkan potensi risiko miokarditis. 
Ia turut menasihatkan individu yang mengalami masalah dada, degupan jantung tidak normal atau gejala-gejala lain selepas mendapat suntikan vaksin untuk segara mendapatkan bantuan perubatan.
"Ini akan membolehkan diagnosis lebih awal dan pengurusan perubatan yang wajar bagi sebarang kesan sampingan teruk yang mungkin berlaku selepas vaksinasi." 
MOH menyatakan, bersama-sama dengan jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi COVID-19 dan HSA, ia akan terus memantau rapi insiden kes sampingan teruk berkaitan vaksin. 
Kes sampingan teruk merujuk kepada keadaan yang tidak diingini yang berlaku selepas menerima suntikan vaksin. Kes-kes sedemikian perlu dilaporkan oleh penyedia jagaan kesihatan kepada HSA. 

Sumber : Today/NY/ny


https://berita.mediacorp.sg/singapur...ovid-19-733466



sekedar info
nomorelies
samsol...
samsol... dan nomorelies memberi reputasi
2
1.1K
18
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita Luar Negeri
Berita Luar NegeriKASKUS Official
79.4KThread11.3KAnggota
Urutkan
Terlama
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.