Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

goldjempolAvatar border
TS
goldjempol
Kapten Garuda kesal kekecohan dicetus penyokong
JAKARTA: Kapten skuad Indonesia, Andritany Ardhiyasa mengaku bahawa tindakan segelintir penyokong tuan rumah lebih menyakitkan hatinya berbanding kekalahan 2-3 di tangan Malaysia dalam saingan pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam tadi.

Menurut Andritany, perbuatan penyokong Indonesia telah menconteng nama baik bangsa Indonesia.

"Saya sebagai kapten timnas sangat sedih. Seharusnya para pendukung menerima apapun hasil pertandingan.

"Kalau saya secara peribadi tidak terlalu terganggu dengan kelakuan suporter karena sudah terbiasa demikian, tetapi itu seharusnya tak boleh jadi kebiasaan," kata penjaga gawang kelab Persija Jakarta itu.

Dalam perlawanan malam tadi, Indonesia kalah 2-3 di tangan Malaysia pada aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022.

Dua gol Indonesia dicetak oleh Alberto Goncalves (m-12, m-39), sementara gol Malaysia dihasilkan oleh Mohamadou Sumareh (m-37, 90+6) dan Muhammad Syafiq Ahmad (m-66).

Kekalahan itu meletakkan Indonesia untuk sementara berada di kedudukan terbawah atau kelima Kumpulan G, sementara Malaysia berada di puncak dengan tiga mata.

Dalam satu lagi pertembungan Kumpulan G, Thailand dan Vietnam terikat seri 0-0.

Dalam pertembungan dengan Malaysia itu, segelintir penyokong Indonesia mencetus kekecohan sekali gus menyaksikan pertandingan terpaksa dihentikan selama sekitar 10 minit di pertengahan babak kedua.

Peristiwa tepatnya tercetus ketika kedudukan terikat 2-2 dengan menyaksikan beberapa penyokong Indonesia turun hingga ke garisan trek di tepi padang stadium.

Kumpulan penyokong berkenaan juga mengejek hingga melepasi tempat duduk penyokong Malaysia dengan melontar botol minuman dan bom asap.

Kekecohan terus berlaku selesai pertandingan sekali gus memaksa pihak keselamatan stadium dikerah menyuraikan kekecohan manakala pasukan pelawat diiringi keluar menggunakan kenderaan tentera.

https://www.bharian.com.my/sukan/bol...etus-penyokong
0
653
9
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita dan Politik
Berita dan PolitikKASKUS Official
672.1KThread41.8KAnggota
Urutkan
Terlama
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.