Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

goldjempolAvatar border
TS
goldjempol
Polis gemuk, obesiti wajib sertai program kurus
MOJOKERTO (INDONESIA): Saiz ternyata menjadi ukuran penting untuk polis di Jawa Timur kerana mereka diwajibkan menyertai program menurunkan berat di Akademi Polis Negeri di Mojokerto, Jawa Timur.

Kesemua pegawai dengan berat badan berlebihan akan diarahkan menyertai program terbabit bermula 15 hingga 26 Julai, kata jurucakap Polis Jawa Timur, Komisioner Kanan Frans Barung Mangera.

“Ia adalah program direka khas untuk menurunkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) khusus bagi pegawai dengan berat badan berlebihan dan obes,” Frans dipetik kompas.com sebagai berkata.

Sepanjang program, peserta wajib mengikuti semua acara yang disasarkan untuk menghapuskan lemak seperti larian, memakai jaket payung terjun, perbarisan panjang, gimnastik aerobik, berenang dan beberapa aktiviti sukan lain.

Selain aktiviti berbentuk fizikal, peserta juga akan menerima bimbingan psikologi.

“Dengan panduan dari pakar pemakanan dan perubatan yang disediakan polis Jawa Timur, diet harian dan menu peserta akan diubah bagi memastikan objektif program berjaya direalisasikan,” kata Frans lagi.

Sasaran utama program jelas beliau, adalah membolehkan pasukan berkenaan memberi perkhidmatan lebih cekap dan efisien.

“Ia bagi memastikan mereka mampu bertindak serta bergerak pantas kerana berat badan berlebihan akan menyukarkan pergerakan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/dunia/ase...-program-kurus
suralia
suralia memberi reputasi
1
1.3K
3
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita dan Politik
Berita dan PolitikKASKUS Official
672.2KThread41.8KAnggota
Urutkan
Terlama
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.