Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

goldjempolAvatar border
TS
goldjempol
Mangsa gangguan seksual mohon pengampunan Jokowi
JAKARTA: Wanita Indonesia yang dijatuhi hukuman penjara kerana melaporkan gangguan seksual dilakukan majikannya, hari ini berkata akan memohon pengampunan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Mahkamah Agung, minggu lalu memenjarakan Baiq Nuril Maknun, bekas guru dari Lombok, selama enam bulan kerana melanggar undang-undang komunikasi selepas beliau merakamkan panggilan telefon lucah daripada pengetua sekolahnya dan memberitahu perkara itu kepada rakan setugasnya.

Maknun, yang dijangka menjalani hukuman penjara minggu depan, memberitahu wartawan beliau akan memfailkan pengampunan secepat mungkin dan berharap presiden akan mengampunkannya.

“Sebagai anak, kanak-kanak, kepada siapa perlu saya pergi selain bapa,” kata Maknun, 41, ketika berusaha menahan air mata.

Ketika ada wanita menceritakan pengalaman gangguan seksual dialami sebagai sebahagian pergerakan #MeToo, secara umum, golongan itu kurang bercakap mengenai penderaan berbanding wanita di beberapa negara lain.

Maknun mengadu mendapat panggilan telefon lucah daripada pengetua sekolahnya, menurut dokumen mahkamah.

Beliau merakamkan secara rahsia beberapa panggilan dan memberikan rakaman itu kepada rakannya, yang didakwa menyebarkan ia menerusi peranti elektronik.

Namun tindakan itu membuatkan Maknun dituduh menyebarkan bahan lucah menurut undang-undang komunikasi.

Minggu lalu, Mahkamah Agung membatalkan keputusan mahkamah rendah membebaskan Maknun, mengenakan hukuman penjara dan mengarahkan beliau membayar denda 500 juta rupiah.

Jokowi menyatakan beliau akan mengampunkan Maknun jika wanita itu memohon, tetapi turut meminta orang ramai menghormati keputusan mahkamah. — Reuters


jessepinkman16
wanqodir
hhendryz
hhendryz dan 2 lainnya memberi reputasi
-3
1.5K
9
GuestAvatar border
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita dan Politik
Berita dan PolitikKASKUS Official
671.9KThread41.5KAnggota
Urutkan
Terlama
GuestAvatar border
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.