Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

sekarjagadAvatar border
TS
sekarjagad
APAKAH AURA ITU
Aura manusia adalah medan tenaga dan pantulan tenaga hayat dalam badan kita. Tenaga ini membentuk diri kita, siapakah diri kita dan sebaliknya aura itu akan menjadi lebih baik atau lebih teruk disebabkan oleh persekitaran kita dan cara hidup kita. Aura juga membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan kita, perwatakan kita, aktiviti mental kita dan keadaan emosi kita.  Aura juga boleh menunjukkan atau mengesan penyakit , selalunya lama sebelum simptom-simptom penyakit menunjukkan kesannya.
Aura pada manusia berperanan bagi  menerangkan kekuatan gelombang eletrik yang di pancarkan dari pusat tenaga yang ada didalam tubuh manusia yang di namakan cakra, yang menyamai cahaya pelangi (sebenarnya tidak, kami merumuskan hanya pada cahaya utama sahaja). Lingkaran cahaya ini mengandungi medan tenaga megnet, bio energy dan lain lagi.Warna merupakan satu ukuran tenaga bagi sesuatu gelombang. Maknanya warna Aura merupakan satu ukuran tenaga dalam diri seseorang. Sekiranya ada kelemahan pada organ-organ tertentu ianya akan di pengaruhi oleh Aura ini. Kelemahan tersebut dapat di seimbangkan dengan memancarkan Aura kearah organ yang bersangkutan.
 
Aura berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan juga tahap kerohanian seseorang. Apabila kita merawat seseorang , pertama sekali kita perlu periksa bentuk Aura dahulu. Apabila Aura nya lengkung kebelakang dan kedepan, ini menandakan sistem Metabolisma tidak seimbang di bahagian tertentu, keseimbangan kimia tidak harmoni, pengunaan dadah dan lain lagi.  
Kalau ada warna hitam atau warna biru tua disekitar tubuh anda berarti anda
mengalami suatu penyakit atau gangguan fizikal yang belum zahir untuk menjadi penyakit. Apabila warna gelap di sekitar kepala, mungkin anda sedang stress atau gangguan pada pikiran dan perasaan anda. Setiap gangguan fizikal selain harus di terapi secara medikal atau terapi Aura / gelombang. Selain itu anda juga perlu diterapi dengan bantuan terapi cahaya. Melalui kamera Kirlian kita boleh melihat paduan warna yang melingkar disekitar tubuh kita, namun kita juga dapat merasakan aura tersebut. 

Berdekatan kepada kulit kita adalah Aura etherik. Aura itu berwarna pucat dan berjaluran sempit mengelilingi luar badan kita dan selalunya tidak lebih dari setengah inci lebarnya. Ia lebih menyerupai asap berwarna keruh memanjat mengelilingi badan kita.
Aura utama adalah melekat mengelilingi badan kita seperti awan. Bayangkan seorang manusia yang mana satu gelung cahaya yang tebal jatuh menimpa mereka dan kita akan dapat gambarannya yang mana begitulah rupa aura utama yang melingkari badan kita. Cahaya ini terpancar dari pusat fizik (cakra). Tenaga dasar ini keluar memancar secara menegak dari bumi tempat kita berpijak menerusi kaki kita dan seterusnya memasuki cakra-cakra yang terdapat dalam badan kita, seperti mana yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan yang menerima air. Tiap-tiap cakra tersebut adalah seperti sebuah transformer atau janakuasa biologi yang menjanakan tenaga dari berbagai jenis warna.  Kekuatan, aktiviti dan ton warna pada tiap-tiap cakra bergantung kepada perwatakan, personaliti, keadaan emosi dan cara hidup seseorang itu. Bersama-sama dengan faktor tersebut mereka menjanakan keamatan aura.
2
1.4K
2
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Supranatural
SupranaturalKASKUS Official
15.6KThread10.8KAnggota
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.