Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

masbaymboizAvatar border
TS
masbaymboiz
MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA?
MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA

1. Sejarah pesawat hibah (pemberian percuma/ikhlas) oleh Amerika Syarikat kepada Indonesia dalam bentuk jet pejuang F-16 bukan perkara baru.

2. Pesawat-pesawat F16 C/D ini akan disampaikan melalui program “Peace Bima Sena II). Pada masa akan datang, jumlah pesawat F-16 yang akan memperkasakan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara akan mencapai 24 buah.

3. Walaupun merupakan pesawat terpakai, ia sudah cukup untuk melonjakkan kuasa udara Indonesia menjadi yang paling disegani di rantau ini.

KONDISI ANGKATAN TENTERA INDONESIA MEMBURUK SELEPAS KONFRANTASI

4. Selepas kegagalan Indonesia dalam konfrantasinya dengan Malaysia (1963-1966) Indonesia yang pernah menjadi kuasa yang paling digeruni rantau ini, jatuh merundum.

5. Selama beberapa tahun, negara besar itu terpaksa menumpukan perhatian bagi mencipta kestabilan dalam negara sehingga menyebabkan angkatan udara dan lautnya terbiar tanpa latihan disebabkan kekurangan alat ganti.

6. Bekas operator radio HMS Dartington, Dave Morris dalam memo lawatannya ke Surabaya selepas tamat konfrantasi mencatatkan, “The naval yard at Surabaya contained the remnants of Sukarno’s navy. It was crammed full of ships and although they were all fully manned they were generally non-operational, mainly due to lack of spares. The Soviets had withdrawn all support on Sukarno’s departure and the ships had been systematically depleted of machinery and equipment. They had been cannibalized in an effort to keep some of the major units of the navy afloat and operational. By this time their operational strength was down to two ex-USSR Riga class frigates and one submarine.

It was the two frigates, Nuku and Lambung Mangkurat, with whom the RN ships would be exercising. A joint planning conference and harbour evolutions did not inspire confidence in the RN personnel who attended as part of the preparations for the forthcoming exercise and harbour training highlighted the material shortcomings and lack of expertise of the Indonesian ships. Luckily the exercise at sea was only to last a few hours, all in daylight. RN personnel sailed on the Indonesian ships, with one Seaman Chief Petty Officer and one Leading Radio Operator (Tactical) on each.

One of the tasks the Seaman CPOs undertook was to show the Indonesians how to rig a jackstay, which they had not done before. The motivation was great because the RN personnel would be using the jackstay to return to Glamorgan. The exercise went off without any major mishaps apart from one of the Indonesian frigates, the flagship, breaking down and limping back into port. A reliable source stated that the one submarine that the Indonesians had left could not be submerged. Whenever there were foreign ships in port they would steam it out of harbour each morning with due ceremony to attract attention. The boat would spend the day out of sight somewhere on the surface, then steam back into port in the evening with more ceremony. The Indonesians were, however, optimistic about the future, as they were about to take delivery of ex-US Navy ships.

7. Angkatan udara Indonesia juga mengalami nasib yang sama, sebaik sahaja Sukarno turun dari berkuasa, Indonesia yang memiliki sebahagian besar pesawat Mig gagal mengekalkan tahap operasi, sehingga ada juruterbang pesawat tempur yang tidak pernah berada dalam kokpit selama tujuh tahun.

8. Pesawat-pesawat baharu perlu dicari, selepas komunis ditewaskan di Indonesia, Suharto yang menjadi Presiden selepas jatuhnya Soekarno merupakan seorang pemimpin yang pro kepada Barat.

9. Hanya selepas tahun 1975, barulah kondisi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia membangkit.

ANGKATAN TERTERA MALAYSIA DIPERMODENKAN SELEPAS KONFRANTASI

10.Berbanding dengan bekas musuhnya, Malaysia yang berjaya menghalang invasi Indonesia mula melengkapi angkatan laut dan udara dengan aset lebih moden.

11.Pada 1975, penghantaran pesawat pejuang supersonik yang pertama di Asia Tenggara iaitu F-5 Tiger memasuki inventori Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM).

12.Ya…Malaysia merupakan negara pertama di nusantara yang memakai pesawat supersonik sebelum diikuti oleh Indonesia, Singapura dan lain-lain.

13.Sebanyak 14 buah pesawat F-5E dan dua F-5B diterima oleh TUDM.

BEKAS PESAWAT PEJUANG TUDM DIBERI KEPADA INDONESIA

14.Sebelum kedatangan pesawat-pesawat F-5, TUDM menggunakan pesawat pejuang buatan Kanada iaitu Avon Sabre.

f5e-451x300

Sabre-480x264

15.Ia dioperasikan oleh No 11 Skuadron TUDM antara 1969 hingga 1972.

16.Akhirnya dengan keadaan hubungan yang semakin baik dengan Indonesia, Malaysia dan Australia bergabung tenaga untuk membangunkan Angkatan Udara Indonesia melalui penghantaran hibah pesawat itu sebanyak 23 buah antara 1973 dan 1975. Ia digunakan oleh Skuadron No 14 Indonesia.

17.Lima daripada Avon Sabre itu merupakan pesawat hibah dari Malaysia.

18.Nombor sirinya terdiri daripada FM-1369 (kemudian ditukar kepada F-8619 Indonesia dan dieksport ke Amerika Syarikat dalam 1989), FM-1978, FM-1979, FM1987 dan FM1993.

19.Kesemua pemberian pesawat hibah oleh Australia dan Malaysia ini dimuatkan dalam program yang dinamakan “Garuda Bangkit”

20.Ia terkenal sebagai “Mig Killer” kerana kejayaannya menembak jatuh 792 pesawat MIG-15 dengan hanya kehilangan 78 unit.

21. Indonesia turut mengoperasikan MIG 15 sebanyak 30 unit.


sumber http://www.militaryofmalaysia.net/20...ada-indonesia/

mohon pencerahannya gan..
0
9.7K
21
Thread Digembok
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Militer
MiliterKASKUS Official
20KThread7.3KAnggota
Urutkan
Terlama
Thread Digembok
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.