Ane mau bagi-bagi tips nih buat para wanita hehe, langsung aja ya tanpa basa basi.
Berikut ini ada 6 tips bagi Muslimah untuk tampil lebih cantik dan berseri:
Spoiler for Tips 1:
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik.
Cuci muka minimal 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh kain atau tuala, biarkan air itu menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.
Spoiler for Tips 2:
2. Untuk menghilangkan stress.
Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah.
Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada Allah SWT dengan zikir dan doa.
Spoiler for Tips 3:
3. Untuk pelembab, agar awet muda.
Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa kamu adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik. Baca juga doa setiap kali bercermin.
Spoiler for Tips 4:
4. Untuk mendapatkan bibir cantik.
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.
Spoiler for Tips 5:
5. Agar tubuh langsing.
Lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal, banyak sayuran, buah-buahan, air putih.
Maksud hadis:
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].
Spoiler for Tips 6:
6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri.
Sebarkan salam dan sapaan, maka dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi ramai.
Wallahualam.
Sekian dari ane ya, semoga bermanfaat. Oh ya, sebenarnya tips ini tidak hanya berlaku buat cewe aja, cowo juga bisa gan..