Merdeka.com - Media Malaysia hari ini ramai menulis seputar dugaan jatuh pesawat yang disampaikan oleh Presiden RI ke tiga BJ Habibie . Seperti diketahui, kemarin BJ Habibie mengomentari soal hilangnya pesawat Malaysia Airlines yang hingga kini masih misterius. Habibie menyebut soal dugaan meledaknya kapal nahas itu.
"Kalau pesawat, saya sudah bilang pendapat saya adalah pertama, saya yakin bahwa pesawat itu anda cari di mana enggak akan ditemukan karena pesawat terbang itu meledak berkeping-keping di atas ketinggian 10 km," ujar Habibie di Sari Pan Pacific, Jakarta, Kamis (20/3).
Pernyataan Habibie tersebut langsung menjadi headline beberapa situs berita di Malaysia. Hampir semua media online dan cetak di negeri jiran memuat pernyataan mantan Menteri Negara Riset dan Teknologi Republik Indonesia itu.
Pernyataan Habibie yang menyebut kemungkinan pesawat Boeing 777-200 meledak di angkasa itu pun segera menuai kecaman di publik Malaysia. Suami dari almarhum Ainun itu dinilai tidak sensitif atas musibah yang mengakibatkan 239 penumpang dan kru hingga saat ini tak diketahui rimbanya itu.
Beberapa warga Malaysia yang tidak sependapat dengan teori Habibie segera menumpahkan kekesalannya di komentar berita online. Salah satunya seperti di malaysiakini.com. Situs berita online itu memberi judul, 'Habibie yakin pesawat mungkin meletup'. Berita itu share di Facebook 112 kali.
"LAGI tak masuk klu ada letupan semua barang akan terapung atas permukaan laut ...prof yg sudah nyanyok...," tulis komentar pembaca, Jerry Kam.
"Tak masuk akal, kalau kecemasan atau kemalangan kenapa melencong jauh sampai ke lautan hindi. Kenapa jalur penerbangannya amat teliti dari Igari ke destinasi seterusnya benar2 dekat border. Walaupun radar TUDM dapat kesan tapi tak boleh intercept dgn jet sebab pesawat itu berada diluar ruang udara Malaysia. Banyak lagi landasan kalau nak buat pendaratan kecemasan, tetapi pilot bersiar-siar ke lautan Hindi yg dah pasti tak ada apa di sana, kecuali Diego Garcia," tulis Khairul Nizam.
Sementara itu situs malaysiainsider.com juga memberitakan soal teori Habibie. Situs itu menulis judul 'BJ Habibie percaya MH370 meletup pada ketinggian 33,000 kaki'. Artikel itu pun di-share 1182 orang di Facebook.
"bagi aku...teori paling kelakar dari sahabat Nuar...," tulis Muhammad Mukhtar dalam artikel itu.
MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.
Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.
“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.
Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.
“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.
Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.
“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."
Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.
Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.
"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.
bukti
Diubah oleh ag123 21-03-2014 11:18
0
10.2K
Kutip
102
Balasan
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita dan Politik
671.6KThread•41.3KAnggota
Terlama
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru