Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

deyamuliAvatar border
TS
deyamuli
Utusan Malaysia Hubungan Indonesia - Australia keruh
JAKARTA 23 Jan. - Hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia semakin keruh apabila Jakarta menempatkan beberapa buah kapal perang dan radar di perairan selatan negara ini bagi mengawal kedaulatannya dan menghalang sebarang serangan mendadak.emoticon-Takut

Langkah berjaga-jaga tersebut diambil ketika kedua-dua negara saling bertikam lidahemoticon-Matabelo berhubung isu pencari suaka politik dengan Canberra bertegas mahu menguatkuasakan dasar mengusir bot membawa orang hanyutemoticon-Ngakak yang memasuki wilayahnya, manakala Jakarta mendakwa dasar tersebut akan mencabuliemoticon-Malu kedaulatan negara ini.

Portal berita Jakarta Post memetik kenyataan jurucakap Tentera Udara Indonesia, Laksamana Pertama Hadi Tjahjanto sebagai berkata, empat radar pertahanannya ditempatkan di Timika dan Merauke di Papua, Saumlaki di Maluku dan Buraen di Nusa Tenggara Timur.

Jelasnya, kesemua radar terbabit menghadap Australia bagi memantau sebarang pencerobohan oleh Canberra.

"Jika situasi itu berlaku, tentera udara di pangkalan Makassar akan bersiap sedia kerana kedudukannya paling hampir dengan Australia," katanya.emoticon-I Love Indonesia

Hadi merujuk kepada Pangkalan Tentera Laut Sultan Hasanuddin di wilayah Sulawesi Selatan yang menempatkan skuadron udara ke-11 dengan kekuatan 16 pesawat buatan Rusia, Sukhoi Su-27/30 Flankers.

Pesawat terbabit mampu terbang sejauh 3,000 kilometer dan boleh tiba di sempadan laut Indonesia, terletak kira-kira 1,000 kilometer dari pangkalan terbabit dalam tempoh sejam.

Dalam pada itu, Ketua Tentera Laut, Laksamana Muda Untung Suropati mengesahkan sejumlah kapal perang dikerah ke sempadan laut Indonesia-Australia.

Jelasnya, antara kapal yang dikerahkan termasuk kapal kelas frigat dan korvet, kapal berkelajuan tinggi dilengkapi torpedo (KCT), kapal berkelajuan tinggi dilengkapi peluru berpandu (KCR) dan pesawat pengawal maritim.emoticon-I Love Indonesia

"Kesemua kapal berkenaan dikerah mengawal sempadan dan kedaulatan negara ini," katanya.

Bagaimanapun Untung enggan mendedahkan jumlah sebenar kapal yang digunakan dan lokasi aset itu ditempatkan. -

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar...#ixzz2rK8jsNGB
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://alutsistabaruindonesia.com

Yang dikirim kapalnya berbagai jenisemoticon-I Love Indonesiaemoticon-Jempol
0
14.7K
98
Thread Digembok
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Militer
MiliterKASKUS Official
20KThread7.1KAnggota
Terlama
Thread Digembok
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.