Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

Devan89Avatar border
TS
Devan89
Pahlawan-pahlawan Terhebat Dalam Sejarah Manusia
Newbe belajar bikin Thread emoticon-Selamat

barusan iseng googling dapet yg beginian gan..

Maaf berantakan karna baru bikin thread beginian ane.. emoticon-Ngacir

Pahlawan-pahlawan Terhebat Dalam Sejarah Manusia

Sejarah manusia yang telah berlalu menyaksikan pelbagai pertempuran, pergelutan dan peperangan yang melanda sesebuah kawasan, daerah, negara dan sebagainya. Dalam pertempuran ini biasanya para askarlah yang bertarung nyawa mempertahankan kawasan masing-masing. Sejarah dunia telah merekodkan ramai askar atau pahlawan yang telah berjasa kepada negaranya dan ramai juga yang begitu baik sekali pencapaiannya. Berikut ialah antara pahlawan-pahlawan terhebat pernah dicatatkan dalam sejarah dunia.

Spartacus


Spartacus ialah salah seorang figura yang paling dikenali dibumi Empayar Roman tetapi dia juga adalah seorang hamba di empayar tersebut dan selalu dijadikan objek untuk pertarungan gladiator yang seringkali dijalankan di Roman. Namun kerana dia bukan sahaja berani, kuat dan tangkas bertarung malahan juga seorang yang bijak, maka dia berjaya mengumpulkan satu pakatan untuk bangun menentang kerajaan Empayar Roman.

Saladin


Nama yang begitu harum dalam dunia ketenteraan dan peperangan bagi orang-orang Islam. Saladin dikatakan sebagai salah seorang daripada askar yang paling kuat yang berada dalam peperangan salib yang ketiga. Dia sangat dihormati dikalangan rakan mahupun lawan sebagai seorang askar yang sangat gagah dari Timur Tengah. Malahan kerana kedatangan Saladinlah maka bandar Jurusalem berjaya dikuasai dalam Perang Salib Ketiga itu.

Leftenan Audie Murphy


Leftenan Audie Murphy ialah seorang askar dalam perang Dunia Kedua yang mewakili Amerika Syarikat. Malahan dia adalah seorang askar yang paling utama semasa peperangan tersebut jadi tidak mustahillah jika dia terlibat dalam banyak misi merbahaya yang dijalankan oleh pihak Amerika Syararikat. Kerana keberanian dan kejayaannya dalam perang tersebut, dia telah dianugerahkan dengan bermacam-macam medal dan penghargaan seperti Distinguished Service Cross, dua Silver Stars, Legion of Merit, dua Bronze Starsdan, tiga Purple Hearts selain Legion of Honor French Croix de Gueere.

Miyamoto Musashi


Miyamoto Musashi ialah seorang samurai berpedang dan adalah orang yang paling pakar dalam bidang tersebut yang pernah hidup di Jepun. Sepanjang hidupnya, dia telah mengajar hampir 60 orang samurai tetapi akhirnya dia lenyap begitu sahaja.

Julius Caesar


Dia ialah general Roman yang paling baik. Dia sangat bijak dan juga merbahaya. Semasa pemerintahannya sebagai pemerintah pula dia mempunyai pengaruh dikebanyakan benua Eropah, sebahagian daripada Afrika dan sebahagian barat Asia. Malahan dia juga dikenali sebagai pemimpin paling diktator di dunia.

Sun Tzu


Beliau ialah salah seorang jeneral yang paling kuat dan paling bijak dalam Empayar Wu. Malahan dia sangat terkenal diseluruh dunia sehingga kehari ini kerana keupayaannya untuk menterjemahkan taktik perang. Beliau juga adalah penulis kepada buku "The Art of War" yang mana dijadikan sebagai buku rujukan untuk strategi peperangan dan dikaji diseluruh dunia.

Leonidas I


Dia ialah rja ke 17 di Sparta dari Dinasti Agiad dan adalah salah seorang daripada anak Raja Anaxandridas II dari Sparta yang kononnya dipercayai adalah dari keturunan Heracles kerana keberanian serta kekuatan mereka. Namanya menjadi begitu mahsyur kerana perjuangannya dalam peperangan Thermopylae.

Richard I (The Lion Heart)


Richard I ialah raja bagi England dari tahun 1189 hinggalah ke tahun 1199. Dia telah digelar dengan nama Richard The Lion Heart kerana keberaniannya untuk bertempur di medan perang. Dia adalah orang penting dalam satu-satu pertempuran yang disertai oleh England. Malahan kerana kebijaksanaan dan keberanian yang dimiliki olehnyalah maka England berupaya mengembalikan semula beberapa kuasa pemerintahan yang sebelum ini dipegang oleh pihak Cyprus dan juga Turki.

Hannibal Barca
Gk dapet gambar nya ane gan emoticon-Sorry

Dia ialah seorang pemimpin Cartahginian yang terkenal sekali. Salah satu pencapaian terbesarnya ialah Perang Punic yang mana dia membawa gajah-gajah perang yang mengandungi pasukan perang dari Semenanjung Iberia melalui Pyrenees, Alps dan Utara Itali. Bila memasuki Itali, dia berjaya mengalahkan askar-askar Roman dalam beberapa peperangan termasuk di Trebia, Trasimene dan Cannae.

Alexander The Great


Alexander The Great ialah penakluk bagi negara asal Macedonia. Dia dikenali sebagai salah seorang pemimpin tentera yang paling genius dalam sejarah dunia. Dia juga menjadi inspirasi untuk menakluk sepertimana juga Hannibal, Pompey dan juga Caesar dari Rom dan Napoleon. Walaupun dalam waktu pemerintahan yang singkat, dia berjaya membawa Macedonia sebagai salah satu empayar yang paling besar dalam sejarah dunia.

WOW keren Semua, jadi kepingin.. emoticon-Ngakak

klo bagus Lemparin ane emoticon-Toast Jangan sambit ane pake emoticon-Blue Guy Bata (L)
Polling
0 suara
999999
Diubah oleh Devan89 26-11-2013 10:50
0
4.6K
14
Thread Digembok
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
The Lounge
The LoungeKASKUS Official
923.2KThread83.6KAnggota
Terlama
Thread Digembok
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.