Kaskus

Entertainment

Pengaturan

Mode Malambeta
Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

pikachu123Avatar border
TS
pikachu123
ciri2 wanita cantik
20 Ciri Wanita Idaman Setiap Lelaki
(Termasuk PDH) ^^
Sumber : Petua Membuat Orang Jatuh
Cinta
(DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI
MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH
SYARHA NOORDIN)
1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita
yang lemah lembut dalam
pewarakannya tetapi prinsip dan nilai
hidupnya begitu agung dan tinggi
merantai dirinya. Itulah kecantikan
dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga,
membimbing dan melindungi justeru
mereka boleh berperanan menjadi
pelindung kepada mereka.
Keperibadian wanita yang manja
keanak-anakan memang merupakan
salah satu keindahannya namun
tidaklah berkeanak-anakan yang
melampau kerana akan menunjukkan
bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik
pada rupanya, AKAL mengatakan
wanita cantik pada ilmu dan
kepandaiannya, HATI mengatakan
wanita itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-
baik perhiasan dunia adalah wanita
yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di
paparan dada. Sebagai isteri,
pengubat duka nan lara.Sebagai
kekasih, dirindui saban ketika.
Sebagai mujahidah, berdiri
dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita
yang solehah taat kepada Allah.
Berbuat baik kepada ibu
bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat
kepada suami dengan sepenuh hati.
Menutup dan menjaga aurat. Tidak
berhias apabila keluar rumah. Tidak
keluar bersendirian atau bersama
lelaki ajnabi kecuali bersama
mahram. Berbuat baik dengan jiran
tetangga. Suka mempunyai anak yang
ramai dan berusaha untuk mendidik
mereka.
5. Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4
perkara, kecantikannya, hartanya,
keturunannya, dan agamanya. Pilihlah
yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan
yang baik-baik mudah diterima lelaki.
Namun wanita yang berasal dari
keturunan yang hina seperti anak
zina atau sebagainya tidak wajar
merasakan dirinya tidak layak
menjadi wanita idaman. Islam
mengangkat tinggi umatnya yang
bertaubat dan sentiasa memperbaiki
diri kerana taqwa menjadi darjat
kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan
seorang tokoh intelektual terbilang.
Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya
diriwayatkan selama 9 tahun hidup
bersama Rasulullah s.a.w. Beliau
merupakan fuqoha’ (ahli hukum)
Madinah yang unggul dan juga
berpengetahuan dalam bidang
perubatan. Wanita idaman lelaki
ialah wanita yang pandai tetapi tidak
menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego
lelaki lalu menyebabkan lelaki
menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi
sebenarnya telanjang untuk mencari
perhatian lelaki, yang melenggok-
lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya
seperti punuk (bonggol) unta, mereka
itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh
merimaskan lelaki dan mudah
menyebabkan lelaki menyampah
terhadapnya.
10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang!
Asyik bekerja aje. Mementingkan diri
sendiri… Tak ingat nak balik rumah…
Tak habis-habis layan kawan.. kawan..
kawan… Hal rumah ni takkan nak
suruh saya buat sorang!” Yang
sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos
sambung meeting hingga pukul 7
malam. Singgah solat Maghrib di
masjid. Ada penceramah idola.
Dengar ceramah sehingga solat isyak.
Dalam perjalanan pulang, kawan
lama telefon minta jumpa di warung
ada hal penting katanya. Pukul 10
malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam
dua perkara iaitu seseorang yang
telah dikurniakan Allah harta lalu
dihabiskan dijalan Allah dan orang
yang dikurniakan ilmu pengetahuan,
lalu ia mengeluarkan hukum
berpandukan ilmunya (al-Quran dan
Hadis) serta diajarkan kepada orang
lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
Bersopan-santun, sentiasa
memaniskan muka. Sentiasa senyum.
Menutup aurat. Ramah dan mesra.
Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan
bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari
wanita yang pandai menaikkan
semangat dan bermotivasi ketika dia
memerlukannya.
14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan
diri dengan arus perkembangan
semasa tetapi masih mengekalkan
ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak
mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang
bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat
burung merpati dan gagak berkumpul
bersama. Dengan spontan beliau
berkata,”Kedua-duanya bersatu
padahal jenisnya tidak sama”. Ketika
burung itu terbang, beliau melihat
keduanya masih ada persamaan iaitu
kedua-duanya cacat. Lalu beliau
berkata,”Sebab itulah burung itu
dapat bersatu”.
16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului
meminta maaf walaupun dirinya tidak
bersalah digambarkan mempunyai
peribadi yang unggul dan mudah
disayangi.
17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan,
keagamaan, pengurusan diri, dan
pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body language’ yang
baik.
Maksud ‘body language di sini adalah
cara percakapan, kawalan diri di
hadapan orang ramai dan sebagainya.
20. Bersifat keibuan, menyenangkan
orang tua dan menggembirakan
anak-anak
* Peringatan buat lelaki yang
mengidami wanita seperti ini! Adakah
anda sudah dahulu menjadikan diri
sebagai lelaki idaman!?
“Kalau benar ingin jadi lelaki yang
mencintai perempuannya, maka
mulalah dengan berusaha membawa
diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti,
kau perlu memimpinnya ke sana.” -
Hilal Asyraf, Penyusun - Pakar Diari
hati
0
3.5K
27
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
The Lounge
The Lounge
KASKUS Official
924.3KThread87.9KAnggota
Urutkan
Terlama
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Ikuti KASKUS di
© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.