friendlybuddy
TS
friendlybuddy
[Hot News] Polisi Malaysia Larang Rencana Ceramah Dr. Zakir Naik di Melaka
Quote:



[11 April 2016] Polis Arah Batal Program Zakir Naik di Melaka



KUALA LUMPUR: Polis mengarahkan pihak penganjur forum penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini, dibatalkan.

Arahan supaya membatalkan forum bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam (Persamaan antara Hinduism & Islam) dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.

Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama berbeza tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Spoiler for more:

- - - - - - - - - - - - -

Dilarang kerana ianya boleh mengganggu ketentraman awam kat sana gan.

Dari sumber lain yang saya baca, Dr. Zakir Naik juga dijadualkan akan memberi ceramah di Perlis. Pihak yang menjemput Dr. Zakir terus mencuba agar beliau boleh memberi ceramah di Perlis.

Macam mana dengan rencana ceramah di Indonesia?

Jom kita tunggu sahaja respon kerajaan Indonesia sama ada dilarang juga atau dibenarkan.


- - - - - - - - - - - - -

[KEMASKINI - 12 April 2016]

Kelmarin ternyata Dr. Zakir Naik telah memberi ceramah di Terangganu, Malaysia.

Ceramah tersebut dihadiri lebih dari 30.000 orang.

Hari ini pula Dr. Zakir akan memberi ceramah di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dengan ceramah bertajuk Does God Exist?

Berikut ini video Dr. Zakir Naik di Terengganu semalam:



So, setakat ini baru kat Melaka je lah yang dilarang polis. Rencana yang di Perlis pun belum pasti pula dibatal kerana pihak penganjur cakap dorang masih terus mencuba supaya ceramah Dr. Zakir tersebut tidak dibatalkan.


- - - - - - - - - - - - -

[KEMAS KINI - 13 APRIL 2016]

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik boleh meneruskan ceramahnya di Melaka dengan syarat perlu menukar tajuk syarahannya 'Persamaan Antara hinduisme dan Islam'kepada tajuk lain yang lebih sesuai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan membatalkan ceramah pendakwah itu sebelum ini dibuat berdasarkan nasihat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setelah mendapat aduan pemimpin Islam dan masyarakat Hindu.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron supaya membenarkan Dr. Zakir Naik meneruskan ceramahnya di Melaka setelah ada kompromi daripada pihak penganjur," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta penganjur pihak forum Dr. Zakir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' Ahad ini, dihentikan bagi menjamin ketenteraman awam dan sensitiviti beragama. - K! ONLINE

SUMBER


Jangan lupa Rate *****dan Vote ye gan
Polling
Poll ini sudah ditutup. - 50 suara
Apakah Anda Menyokong Ceramah Dr. Zakir Naik di Indonesia?
Saya Sokong
42%
Saya tak Sokong
42%
Tak kesah lah
16%
Diubah oleh friendlybuddy 12-04-2016 23:27
sebelahbloganasabila
anasabila dan sebelahblog memberi reputasi
2
8.2K
82
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita Luar Negeri
Berita Luar Negeri
icon
78.7KThread10.3KAnggota
Terlama
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.