kasblackusAvatar border
TS
kasblackus
Dzikir Asma Ul Husna dan fadilahnya
KHASIAT AMALAN ASMA UL HUSNA


1. "Ya Allah..!"
apabila dizikirkan 500 x setiap malam..terlebih lagi setelah sholat tahajjud atau sholat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar dalam mencapai segala yang diniatkan..

2."Ya Rahman..!"
apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x.. maka hati kita akan menjadi terang..tenang dan sifat-sifat pelupa ..gugup akan hilang dengan izin Allah..

3."Ya Rahim..!"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari..InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta dan kasih sayang terhadap kita...

4. "Ya Malik!"
apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah terbenam matahari..segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diridhai Allah...

5. "Ya Quddus!"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari..maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong,..iri hari..dengki dll.

6. "Ya Salam!"
apabila dizikirkan sebanyak 136 x..InsyaAllah jasmani dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit hingga badan menjadi segar sehat dan sejahtera...

7. "Ya Mukmin!"
apabila dizikirkan sebanyak 236 x..InsyaAllah diri kita keluarga dan segala kekayaan yang miliki akan terpelihara dan aman dari segala macam gangguan yang merusakkan..

8. "Ya Muhaimin!"
apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah shalat fardhu
Isya..Insyaallah fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih..

9. "Ya 'Aziz!"
apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh.. InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia..disegani orang karena penuh kewibawaan...

10."Ya Jabbar!"
apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi dan sore..semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah..

11. "Ya Mutakabbir!"
apabila dizikirkan sebanyak 662 x..maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh..bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia..

12."Ya Khaliq!"
dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x.. InsyaAllah yang ingin otak cerdas..cepat menerima sesuatu pelajaran..amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham)...

13."Ya Baarii'!"
sekiranya kita berada didalam kesulitan atau sedang sakit..dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut.. InsyaAllah kita akan terlepas dari kesulitan dan sembuh dari penyakit tersebut..

14."Ya Musawwir!"
sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak..maka cobalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu..Di waktu hendak berbuka puasa..ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x..kemudian diminum untuk berbuka puasa. Bagi sang suami hendaklah berbuat yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari..Kemudian pada waktu hendak berjimak..bacalah zikir ini sebanyak 10 x..InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh..

15."Ya Ghaffaar!"
sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat..InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita..

16."Ya Qahhaar!"
dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x..maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan dan kemewahan dunia.. InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!"
dizikir sebanyak 100 x sesudah sholat fardhu..barang siapa yang selalu didalam kesempitan..Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang..

18. "Ya Razzaq!"
dizikir mengikut kemampuan sesudah sholat fardhu khususnya sholat subuh..Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat..Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlu dilakukan dengan ikhtiar..

19. "Ya Fattah!"
dizikir sebanyak 71 x sesudah sholat subuh..InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah..sehingga mudah menerima nasehat agama..

20. "Ya 'Aalim!"
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah.. Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!"
dizikirkan 100 x setiap hari..maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan lepas dari segala bentuk ancaman..

22. "Ya Baasithu!"
Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain.. kuatkanlah usaha itu dengan memperbanyak membaca zikir ini setiap hari..InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!"
dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari..dalam keadaan suci..khusyuk & tawaduk..InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah..Juga apabila mempunyai musuh..musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!"
dizikirkan setiap har..baik siang atau malam sebanyak 70 x..InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah..di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian...

25. "Ya Mu'izz!"
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari..Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar..

26. "Ya Muzill!"
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari..sekiranya ada orang berhutang pada kita dan sulit untuk memintanya.. InsyaAllah si penghutang akan sadar dan membayar hutangnya kembali..

27. "Ya Samii'!"
Sekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam..biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan..lebih-lebih lagi sesudah shalat Dhuha..InsyaAllah doa akan mustajab..

28. "Ya Bashiir!"
Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum shalat Juma'at.. InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati..cerdas otak dan selalu diberikan taufik hidayah dari Allah..

29. "Ya Hakam!"
dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci..InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama dan membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama..

30. "Ya Adllu!"
dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu..InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil..
0
35.9K
26
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Supranatural
Supranatural
icon
15.6KThread10.6KAnggota
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.