abau.Avatar border
TS
abau.
(VIRAL) Pria Ini Menghina SPG Cantik Carlsberg di Malaysia Dengan Kata Kata Kasar


MALAYSIA - Baru-baru ni tersebar satu video seorang lelaki yang memarahi seorang promoter Carlsberg kerana menawarkan sample minuman keras di bahagian non halal di Pasar Besar Giant. Tindakan lelaki tersebut mendapat kecaman ramai apabila  tindakan nya itu dianggap sebagai memalukan dan "mencari pasal"

Video yang dimuat naik ke sosial media dengan menggunakan akaun bernama Edi Rejang menjadi tular dalam masa 1 hari sahaja. Dia dianggap racist dan sengaja mencetuskan huru hara. Kata-katanya terhadap gadis promoter tersebut juga agak kasar dan tidak sopan.

Selepas mendapat berbagai kecaman dari video yang mengundang kemarahan orang ramai itu Edi Rejang dikatakan telah dibuang kerja akibat tindakan melulunya itu. Seorang sahabat yang tinggal di kawasan flat dimana Edi Rejang tinggal mendedahkan juga sikap sebenar Edi Rejang.

Melalui komen balas ramai yang menggesa Edi Rejang agar membuat permohonan maaf agar dapat menjernihkan suasana dan mungkin dengan cara tersebut orang ramai dapat memaafkan dan melupakan tindakan nya itu.

Amat penting bagi kita agar berhati-hati dalam memuat naik status atau video di sosial media. Tidak semua pendapat kita perlu di hebahkan dan dirasakan betul. Lagi-lagi apabila kita tinggal di negara yang mempunyai berbilang bangsa kaum dan agama seharusnya kita semua saling bertolak ansur dan memahami cara hidup orang lain.

Semoga Edi Rejang dan kita semua menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dimasa hadapan agar sentiasa berhati-hati

Pelaku Mengaku Menyesal dan Meminta Maaf

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. 
"Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap promoter tersebut. Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak, memandangkan saya telah bertemu dengan YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP dan telah membuat permohonan maaf terhadap pihaknya. 

"YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin. Sekian terima kasih," demikian kata Edi Rejang dalam video permohonan maafnya. 

Edi juga kesal dengan tindakannya itu berkata, insiden itu tidak berkaitan dengan motif politik. 
Menurut sumber, Edi yang telah bekerja dengan sebuah syarikat selama 10 tahun telah diberhentikan kerja serta-merta berikutan viral video tersebut. Keadaan itu menyebabkan Edi hilang sumber pendapatan keluarga, ditambah pula dengan isterinya yang tidak bekerja. 

Difahamkan, anaknya yang bersekolah di SJKC juga mungkin berdepan dengan risiko yang sama berikutan tindakan Edi itu. 
"Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Setiap hari saya nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah di sekolah cina. Edi mungkin tidak berpendidikan tetapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak-anak. 

"Saya bukan nak sokong Edi, tapi hari ini Edi jumpa saya menangis teresak-esak. Syarikat
 yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta-merta. Isteri tak kerja, Edi ada anak-anak yang perlu ditanggung. 
"Edi mungkin bodoh tetapi macam mana nasib anak dan isteri? Edi hanya maki seorang tetapi Edi dan keluarga dimaki bertubi-tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia. 
"Saya berani jamin, tindakan Edi bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau. Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi. "Pendidikan amat penting. Edi hilang pekerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain," kata @Fiqsunny di Twitter. 

VIDEO nya 


Video Kecaman dari Warga Malaysia




Sumber : https://babab.net/artikel/saya-akui-kesalahan-dan-kesal-dengan-tindakan-saya-terhadap-promoter-itu-edi-rejang.html

Diketahui pria rasis ini orang Indonesia dan dikecam seluruh masyarakat Malaysia yg terdiri dari Melayu, Cina dan india. 
Kata2 kasarnya yg diucapkan "ini bumi Melayu" (Padahal Malaysia terdiri dari banyak suku bangsa), sangat menyakitkan emang apalagi sambil menunjukkan jari tengah. Dia dipecat dari pekerjaannya dan jadi penggangguran sekarang. Udah tau ini tempat jual bir tapi sengaja samperin dan tanya2 dan ujung2nya malah berkata rasis.


#SaveAmoy



Diubah oleh abau. 21-11-2018 08:37
4
11.9K
87
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Mari bergabung, dapatkan informasi dan teman baru!
Berita dan Politik
Berita dan Politik
icon
669.8KThread40.2KAnggota
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Ikuti KASKUS di
© 2023 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved.